Melalui segmen Seindah Bahasa
kali ini, saya kemukakan mutiara kata yang berbunyi ‘keikhlasan diumpamakan
seperti seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam’.
Apakah yang dimaksudkan dengan
keikhlasan? Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga), keikhlasan bermaksud kesucian
hati dan ketulusan jiwa. Berlaku ikhlas,
tidak semudah seperti mengatakannya.
Perkara ini pernah diakui oleh salah seorang ulama besar Sufyan ats-Tsauri. Beliau berkata, “Tidak ada suatu perkara yang
paling berat bagiku untuk aku ubati daripada meluruskan niatku, kerana niat itu
sering berubah-ubah terhadapku.”
Keikhlasan juga merupakan rahsia hati seseorang
individu. Ia begitu samar dan tersembunyi
sehingga begitu sulit bagi diri seseorang atau orang lain untuk
mengukurnya. Jadi, disebabkan kesamaran
dan tersembunyinya sifat sesebuah keikhlasan itu, ia diumpamakan seperti seekor
semut hitam di atas batu yang hitam pada malam yang amat kelam.
Persoalannya sekarang, sejauh manakah keikhlasan
anda dalam melakukan apa jua perkara?
Bagaimanakah penilaian orang di sekeliling anda tentang keikhlasan anda?
Sekian.
Dikongsikan Oleh:
Cikgu Ros Linawati
Disesuaikan dari sumber : http://www.dakwatuna.com/2012/03/19139/keikhlasan-saat-dirimu-merasa-tidak-lebih-baik-daripada-orang-lain/#ixzz25qobSDsf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan