Blog ini memaparkan beberapa segmen
kepada pembaca. Segmen-segmen yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
1. Berfikir Sejenak
Segmen yang
mengajak pembaca untuk berfikir sejenak tentang pelbagai perkara yang berlaku di
sekeliling mereka untuk dijadikan panduan, renungan dan ikhtibar.
2. Khazanah, Tips dan Panduan
Mengandungi pelbagai tips dan panduan, khususnya kepada kaum guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik
darjah.
3. Oh, rupanya!
Segmen yang memaparkan sebab akibat berlakunya sesuatu perkara untuk dijadikan sebagai renungan
dan pengajaran dalam hidup.
4. Asam Garam Duniaku
Perkongsian pengalaman
guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai guru.
5. Seindah Bahasa
Segmen yang
mengandungi mutiara kata atau kata-kata hikmat yang boleh dijadikan sebagai
pedoman dan panduan hidup.
6. Info Ilmu
Mengandungi pelbagai info dan maklumat khususnya yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan juga pelbagai isu atau artikel,
yang diketengahkan untuk pengetahuan semua.
7. Santai Ilmu
Mengandungi elemen-elemen
permainan bahasa seperti teka-teki, soal jawab, teka silang kata, kuiz dan
sebagainya.
8. Tunjuk Ajarku Guru
Segmen yang
mengandungi tips dan panduan untuk pelajar.
9. Analisis Kesalahan
Bahasa
Segmen ini diwujudkan untuk
membincangkan kesalahan tatabahasa yang sering berlaku dalam penggunaan bahasa
Melayu. Antara kesalahan yang dibincangkan ini ialah kesalahan segi
sintaksis, makna dan sebagainya. Sesi pembetulan yang terdapat dalam
ruangan ini diharap akan dapat mempertingkatkan kepekaan kita terhadap
penggunaan bahasa Melayu yang betul, sama ada dalam pengungkapan mahupun
penulisan.
10. Seni Kreatif
Segmen ini mengongsikan bahan-bahan atau
hasil-hasil kreativiti yang berkaitan dengan bahasa Melayu sama ada yang
berbentuk kesusasteraan; penulisan cereka, sajak, pantun, termasuklah
perkongsian bahan-bahan pameran tentang bahasa Melayu.
11. Aktiviti Bahasa
Segmen yang memaparkan
pelbagai aktiviti bahasa yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu, sama ada yang berlangsung di dalam bilik darjah atau di bilik darjah.
12. Segmen Ibu Bapa
Segmen khusus untuk
ibu bapa yang mengongsikan pelbagai info dan maklumat tentang pendidikan Bahasa
Melayu.