Apa sebab saya berada dalam bilik ini?
Berlegar-legar dalam fikiran kenapa agaknya guru tersebut
dipanggil. Di hadapan pula duduk seorang
perempuan pertengahan usia. Sebelah kanan dua orang Timbalan Pengetua. Tidak ketinggalan
guru disiplin dan beberapa orang guru yang juga mengajar di sekolah tersebut. Duduk berhampiran dengan perempuan itu memang
dikenali rupa parasnya.
“Apa agaknya masalah anda datang berjumpa
dengan kami kali ini?”, Timbalan Pengetua mula bersuara dengan nada yang
tenang.
“Begini, saya ingin mengadu kepada pihak
sekolah bahawa guru anak saya yang mengajar subjek x telah menganggap anak saya
tidak wujud dalam kelas”.
Guru berasa hairan. Terkial-kial juga memikirkan apa kena mengena
kata-kata perempuan tersebut dengan dirinya.
“Layakkah seorang guru, menganggap pelajarya
tidak wujud dalam kelas. Ini memang
tidak patut!” Semakin keras suara si ibu.
Terasa pedas telinga guru berkenaan
mendengarnya.
Akhirnya guru bersuara tetapi ditujukan kepada
pelajarya dan bukannya kepada si ibu,
“Bila agaknya cikgu berkata begitu kepada kamu?”
Pelajar menyahut seakan-akan tidak terdengar
suaranya “Kelmarin sewaktu cikgu mengajar dalam kelas”.
Rasanya tidak pernah guru berkata apa-apa
apatah lagi menyakitkan hati pelajar-pelajarnya. Akhirnya guru bertanya lagi “Adakah cikgu
berkata begitu kepada kamu”.
“Tidak.
Tetapi rakan sekelas saya ada memberitahu kepada saya bahawa cikgu
mengatakan saya tidak wujud,” Dengan penuh yakin pula dia menjawab begitu.
Akhirnya bersuaralah beberapa orang guru yang
juga duduk bersama pada masa itu. Mereka
turut memberikan beberapa komen tentang sikap dan anaknya dalam kelas.
Guru berkenaan akhirnya bersuara, “Terima kasih.” Guru yang lain terdiam, mungkin berasa
hairan. “Terima kasih membuka mata dan hati saya
bahawa tugas guru bukanlah mudah malahan ia mencabar bagi saya” , jelas guru
berkenaan tadi.
Si ibu tertunduk malu dan terus mengarahkan anaknya
meminta maaf daripada gurunya.
Melalui peristiwa asam garam duniaku kali ini,
terdapat beberapa pengajaran yang boleh diperolehi. Salah satunya ialah kehidupan pasti ada
cabaran. Tidak mengira apa jua profesion anda sama ada dalam bidang
pendidikan, perniagaan, politik dan sebagainya.
Jadi, terpulanglah kepada anda bagaimana untuk menangani cabaran
tersebut. Timbul persoalan, profesion apakah
agaknya yang tidak mempunyai cabaran?
Mesra hm.