PERENGGAN PENUTUP
Binaan perenggan penutup adalah seperti berikut:1. Rumusan/Kesimpulan
2. Cadangan/Harapan
3. Pendirian penulis
Contoh Perenggan Penutup:
Masalah remaja lari dari rumah merupakan masalah
yang serius dan perlu ditangani dengan sebaik-baiknya. Pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi menangani
masalah ini khususnya ibu bapa dengan cara memberikan kasih sayang dan meluangkan
masa bersama anak masing-masing, memberi didikan agama dan sebagainya. Dengannya adanya langkah-langkah ini, gejala
sosial lain yang tidak diingini akan dapat dielakkan.
Disediakan Oleh:
Cikgu Ros Linawati