Sila kesan kesalahan pada papan tanda ini. |
Kebelakangan ini kita selalu berhadapan dengan kata
pinjaman dalam apa sahaja jenis tulisan.
Bagi saya, kata pinjaman yang
digunakan dalam bahasa Melayu tidaklah melampau. Tujuannya adalah untuk memperkayakan kosa
kata bahasa Melayu dan hasil tulisan yang lebih menarik.
Kita lihat dua teks di bawah ini :
Walau pun rumahnya besar, tetapi mereka tidak mempunyai tempat
penaruhan kereta yang khas.
Walaupun rumahnya besar, tetapi mereka tidak mempunyai garaj.
Maksud kedua-dua ayat di atas adalah sama. Namun, penggunaan kata pinjaman memberi
kemudahan kepada penulis untuk menulis maksud yang hendak disampaikannya. Akan tetapi, kadang-kadang timbul pula
masalah lain, misalannya penulis ghairah menggunakan kata pinjaman sehingga
ejaan kata pinjaman tersebut
dimelayukan. Dengan kata lain,
penulis ghairah menggunakan perkataan asal tanpa menukarkan ejaannya mengikut
garis pandu yang telah disediakan.
Di sini, saya senaraikan info serba sedikit cara mengeja kata pinjaman terutamanya yang
berasal dari perkataan bahasa Inggeris (seterusnya BI) :
Huruf ‘ai’ dalam
BI menjadi ‘e’ dalam BM, contohnya :
Mail menjadi
mel
Huruf ‘c’ (sebelum
e,I dan y) yang dilafazkan sebagai [s] dalam BI akan menjadi ‘s’ dalam BM,
contohnya :
December menjadi
Disember
Huruf ‘cc’ dalam BI akan menjadi ‘k’ dalam BM, contohnya
:
Account menjadi
akaun
Vokal gandaan ‘oo’ dalam BI menjadi vokal tunggal ‘u’
dalam BM, contohnya :
Monsoon menjadi
monsoon
Huruf ‘x’ dalam dalam BI menjadi ‘ks’ dalam BM, contohnya
:
Taxi menjadi
teksi
Akhiran ‘-ive’ dalam BI akan menjadi ‘-f’ dalam BM,
contohnya :
Positive menjadi
positif
Huruf ‘sh’ dalam BI menjadi ‘sy’ dalam BM, contohnya :
Fashion menjadi fesyen
Huruf g yang dilafazkan [Ĵ] dalam BI akan menjadi ‘j’ dalam BM
:
Message menjadi mesej
Dengan adanya penjelasan di atas, diharap mulai sekarang
kita akan lebih peka dan akan dapat mengurangkan kesalahan penggunaan ejaan
bagi kata-kata pinjaman. Untuk menguji
minda dan kefahaman terhadap ejaan kata pinjaman, anda boleh mencuba latihan
berikut:
Cushion =________________________
Express =________________________
Workshop =________________________
Boot =________________________
Cent =________________________
Sausage =________________________
Active =________________________
Affective =________________________
Scooter =________________________
Complex =________________________
Disediakan :
Hjh.Masnordina
11M8168
Tiada ulasan:
Catat Ulasan