Bertemu lagi dalam segmen Ibu Bapa. Untuk segmen kali ini saya ingin mengongsikan
tips yang sederhana untuk mengajar anak sekitar usia 3-5 tahun membaca ayat
mudah.
Ibu bapa hanya perlu menyediakan buku ‘Bacalah
Sayang’ atau buku ‘Bacalah Anakku’ (siri 1 hingga 8).
Saya tidaklah mempunyai pengalaman dalam mengajar membaca terutamanya
bagi anak kecil sekitar usia begini.
Namun, dengan bantuan buku-buku ini, saya berjaya mengajar kedua-dua
anak saya membaca seawal usia mereka mencecah 4 tahun.
· Ibu bapa hanya perlu mengikuti arahan dalam buku tersebut.
· Ibu bapa hendaklah meluangkan masa bersama anak mereka membaca setiap hari walau hanya 5 minit sahaja.
· Gunakan suara yang lembut
· Membaca berselang-seli bersama anak
Timbul
persoalan, apakah teknik yang saya gunakan? Saya hanya menggunakan teknik fonik
dan teknik bunyi suku kata. Macam mana
saya tahu teknik fonik? Jangan risau, buku-buku ini dijual bersama cekera padat dan
kaset yang mengajar cara membunyikan setiap huruf. Bermula dengan memperkenalkan bunyi huruf,
kemudiannya saya menggunakan teknik bunyi suku kata. Ternyata teknik gabungan ini membuahkan hasil
untuk anak-anak saya.
Selamat Mencuba….
Dicatat:
Cg.Masnor_8168