PENDEKATAN INTERAKTIF
Untuk meningkatkan kualiti bahasa pelajar ketika berkomunikasi, khususnya dalam konteks lisan, pengajaran tatabahasa bolehlah dijalankan dengan menggunakan konsep kerja berkumpulan secara interaktif. Menurut Juriah Long dan Siti Fatimah Mohd. Yassin (2010), melalui pendekatan ini, guru boleh memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil giliran bercakap secara spontan. Tujuannya untuk melatih pelajar menjadi pendengar yang baik dan berkemampuan mentafsirkan mesej ujaran yang didengarinya melalui unsur bahasa sebelum memberi gerak balas kepada ujaran tersebut.
Untuk meningkatkan kualiti bahasa pelajar ketika berkomunikasi, khususnya dalam konteks lisan, pengajaran tatabahasa bolehlah dijalankan dengan menggunakan konsep kerja berkumpulan secara interaktif. Menurut Juriah Long dan Siti Fatimah Mohd. Yassin (2010), melalui pendekatan ini, guru boleh memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil giliran bercakap secara spontan. Tujuannya untuk melatih pelajar menjadi pendengar yang baik dan berkemampuan mentafsirkan mesej ujaran yang didengarinya melalui unsur bahasa sebelum memberi gerak balas kepada ujaran tersebut.
Guru juga boleh memberi peluang dan membimbing pelajar
untuk menggunakan parafrasa bagi memperbaiki ujaran mereka sekiranya maksud
yang ingin disampaikan tidak difahami oleh ahli-ahli yang lain (Juriah Long dan
Siti Fatimah Mohd. Yassin, 2010). Parafrasa
yang dimaksudkan di sini ialah pengungkapan kembali konsep dengan cara lain
dalam bahasa yang sama (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2011). Dalam hal ini, proses
pengimbuhanlah yang memainkan peranan penting.
Contohnya bagi ayat: Ahmad menjadi ketua kepada pasukan bola sepak
sekolah. Ayat ini boleh
diparafrasakan menjadi: Ahmad mengetuai pasukan bola sepak
sekolah. Dengan adanya aktiviti ini,
para pelajar akan dapat menguasai kecekapan bahasa melalui proses cuba jaya
(Juriah Long dan Siti Fatimah Mohd. Yassin, 2010).
Selain itu,
guru juga boleh memberi peluang kepada pelajar menggunakan unsur bahasa dan
berbahasa yang sesuai dengan konteks interaksi bahasa. Ini termasuklah penggunaan unsur-unsur bahasa
bagi memulakan perbualan, menyoal dan mencelah perbualan dengan sopan (Juriah Long dan Siti Fatimah Mohd. Yassin,
2010). Dalam hal ini, aspek sebutan dan intonasi
memainkan peranan penting. Ini kerana
sebutan yang salah kerap kali menghilangkan makna sesuatu kata dan bahkan
mungkin mengubah maknanya pula. Begitu juga dengan intonasi (turun naik suara)
perlulah disesuaikan dengan mesej yang hendak disampaikan, namun perlu dipastikan ia dapat
diterima dengan baik agar tidak menyebabkan kemarahan, kebencian dan permusuhan
(Awang Sariyan, 2007). Contohnya,
penggunaan kata ganti nama diri dan panggilan hormat yang sesuai dalam sistem
sapaan.
Guru juga boleh melibatkan semua ahli kumpulan dalam
aktiviti kolaboratif untuk membincangkan sesuatu tajuk atau menyelesaikan
sesuatu masalah (Juriah Long dan Siti Fatimah Mohd. Yassin, 2010). Contohnya, membincangkan tajuk-tajuk yang
berkaitan dengan isu-isu semasa. Melalui
aktiviti berkumpulan secara kolaboratif ini, pengetahuan dan kefahaman pelajar
bukan sahaja dapat ditingkatkan, malahan kemahiran berinteraksi mereka juga akan
dapat dibina (Mumtaz Begam Abdul Kadir, 2009).
PENDEKATAN BERSEPADU
PENDEKATAN BERSEPADU
Selain
pendekatan interaktif, pengajaran tatabahasa juga boleh dijalankan dengan menggunakan
pendekatan bersepadu. Melalui pendekatan
ini, pelajar dibantu untuk memahami hakikat kehidupan sebenar. Mereka dapat melihat pembelajaran secara
menyeluruh dan bersepadu serta tidak memisahkan pembelajaran kepada subjek yang
berbeza-beza (Saayah Abu, 2007). Terdapat
dua strategi dalam pendekatan ini iaitu strategi penggabungjalinan dan penyerapan
(Awang Sariyan, 2009).
Strategi Penggabungjalinan
Strategi Penggabungjalinan
Melalui strategi penggabungjalinan, aspek tatabahasa
diajarkan secara serentak dengan aktiviti-aktiviti kemahiran bahasa yang lain
seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis (Kementerian Pendidikan
Malaysia : 1994 dan Awang Sariyan : 2009). Contohnya, bagi tajuk “Analisis Kesalahan
Bahasa”, guru boleh meminta pelajar mendengar
suatu rakaman ucapan tentang “Kemalangan Jalan Raya”. Kemudian, pelajar diminta mencatat dan
membincangkan kesilapan bahasa penutur secara berpasangan atau berkumpulan. Setelah perbincangan dijalankan, wakil setiap
kumpulan dikehendaki menyatakan kesilapan-kesilapan tersebut kepada kumpulan
rakan yang lain. Pada akhir pengajaran,
guru dan pelajar berbincang tentang jenis-jenis kesilapan dan sebab-sebab
kesilapan berlaku. Kemudian, pelajar
dikehendaki untuk membuat pembetulan jawapan.
Melalui contoh ini, kemahiran mendengar dan bertutur digabungjalinkan
dengan aspek tatabahasa.
Strategi Penyerapan
Strategi Penyerapan
Strategi penyerapan pula melibatkan gagasan yang menyepadukan
aspek sistem bahasa dan kemahiran bahasa dengan kandungan bahasa. Kandungan bahasa ini merupakan isi kandungan pelajaran
yang mengandungi segala informasi yang berkaitan dengan kehidupan manusia
(Awang Sariyan, 2009). Ia melibatkan
beberapa penyatuan seperti ilmu pengetahuan, nilai-nilai murni, kemahiran
bernilai tambah dalam kemahiran bahasa dan aktiviti bahasa (Juriah Long dan Siti Fatimah binti Mohd.
Yassin, 2010).
i. Penyerapan Ilmu
Dengan adanya penyerapan ilmu pengetahuan yang
meliputi pelbagai bidang (Jabatan Perkembangan Kurikulum, 1999) seperti ilmu
sains, sejarah, geografi, teknologi, bahasa, sastera, budaya, warisan dan
sebagainya, pengajaran guru akan menjadi lebih dinamik dan bervariasi (Awang
Sariyan, 2009).
ii. Penyerapan Nilai
Manakala, melalui penyerapan nilai, pelajar bukan sahaja dapat menguasai ilmu pengetahuan, malahan, mereka juga memiliki sifat insan yang berpekerti mulia (Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat, 2009). Antara unsur nilai dan sikap teras yang diberi penekanan dalam kurikulum ialah keyakinan dan harga diri, menghargai dan memahami perasaan orang lain, berdikari, bertoleransi dan hormat menghormati, penyayang dan prihatin (Kementerian Pendidikan, 2008).
ii. Penyerapan Nilai
Manakala, melalui penyerapan nilai, pelajar bukan sahaja dapat menguasai ilmu pengetahuan, malahan, mereka juga memiliki sifat insan yang berpekerti mulia (Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat, 2009). Antara unsur nilai dan sikap teras yang diberi penekanan dalam kurikulum ialah keyakinan dan harga diri, menghargai dan memahami perasaan orang lain, berdikari, bertoleransi dan hormat menghormati, penyayang dan prihatin (Kementerian Pendidikan, 2008).
iii. Penyerapan Bernilai Tambah
Selain penyerapan ilmu dan nilai, kemahiran bernilai
tambah seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan kemahiran
berfikir juga perlu disepadukan dalam pengajaran tatabahasa (Juriah Long dan
Siti Fatimah binti Mohd. Yassin, 2010). Empat
strategi kesepaduan TMK dalam pengajaran tatabahasa ialah TMK untuk
pembelajaran tutorial, TMK untuk pembelajaran penerokaan, TMK sebagai alat
aplikasi dan TMK sebagai alat pemudah komunikasi. Menurut Juriah Long dan Siti Fatimah Mohd.
Yassin (2010), guru Bahasa Melayu perlulah terlebih dahulu merancang aktiviti
pembelajaran bersama-sama dengan guru TMK bagi melakukan projek kolaboratif ini.
Dalam hal ini, pelajar-pelajar perlulah terlebih dahulu dilatih dengan
kemahiran asas TMK melalui perisian yang digunakan untuk disepadukan dalam
pembelajaran bahasa. Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dilatih ialah
kemahiran pencarian maklumat, kemahiran menggunakan perisian pemprosesan
perkataan (Microsoft Word) dan kemahiran
menyunting perisian persembahan multimedia menggunakan perisian Power Point.
Setelah pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran ini,
baharulah pelajar diminta untuk melaksanakan projek-projek yang mengunakan TMK
bagi tujuan pembelajaran tatabahasa.
Disediakan Oleh:
Cikgu Ros Linawati