- Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang
- Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
a). Kata
ganti nama diri pertama;
b). Kata
ganti nama diri kedua; dan
c). Kata
ganti nama diri ketiga
KATA GANTI NAMA
DIRI PERTAMA
- Digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain.
- Kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak
- Bentuk tunggal - aku, beta, daku, hamba, patik, saya
- Bentuk jamak - kami, kita
Penerangan
penggunaan Kata ganti nama diri pertama (KGNDP) :
KGNDP
|
Penerangan
|
Contoh ayat :
|
aku
|
Untuk merujuk diri sendiri
apabila bercakap dengan orang yang sangat rapat dan apabila berdoa kepada
Tuhan
|
|
beta
|
Digunakan oleh raja, sultan dan
kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat, sama ada dalam majlis/urusan
rasmi ataupun dalam urusan/situasi biasa
|
|
daku
|
Sebagai objek kepada kata kerja
transitif yang ejaannya berakhir dengan huruf ‘n’
|
|
hamba
|
Digunakan untuk membahasakan
diri sendiri terutamanya tatkala berbicara pada zaman dahulu
|
|
Patik
|
Digunakan oleh rakyat untuk
merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan raja, sultan dan kerabat
diraja sama ada dalam suasana rasmi atau sebaliknya
|
|
Saya
|
Merujuk kepada diri sendiri
apabila bercakap dalam suasana rasmi; dengan orang yang baru dikenali; dengan
orang yang dihormati; dengan orang yang lebih tua dan dengan orang lain pada
umumnya
|
|
kita
|
Merujuk kepada diri sendiri
dengan menyertakan diri orang kedua atau orang yang dilawan bercakap
|
|
kami
|
Merujuk kepada diri orang yang
bercakap serta anggota kumpulannya apabila bercakap dengan orang kedua yang
tidak termasuk dalam kumpulan mereka
|
|
KATA GANTI NAMA
DIRI KEDUA
- Digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap
- Terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak;
- Bentuk tunggal - anda, awak, dikau, engkau, tuanku, kamu
- Bentuk jamak - anda, kalian, kamu
Penerangan
tentang penggunaan kata ganti nama diri kedua (KGNDKD) :
KGNDKD
|
Penerangan
|
Contoh ayat
|
anda
|
Digunakan pada orang yang tidak
dihadapan kita. Contohnya dalam siaran radio, televisyen dan sebagainya
|
|
Awak
|
Digunakan pada orang yang rapat
hubungannya dengan kita
|
|
Dikau
|
Digunakan dalam tulisan sebagai
objek kepada kata sendi dan kata kerja transitif yang ejaannya berakhir
dengan huruf ‘n’
|
|
Engkau
|
Digunakan pada orang yang rapat
hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan apabila berdoa
|
|
Kalian
|
Digunakan pada orang yang
dilawan bercakap yang bilangannya melebihi seorang/bilangan banyak
|
|
Kamu
|
Digunakan pada orang yang
dilawan bercakap yang rapat hubungannya dengan kita; juga digunakan oleh
orang dewasa apabila bercakap dengan orang yang lebih muda
|
|
Tuanku
|
Digunakan apabila pihak yang
dilawan bercakap ialah raja/sultan/ permaisuri
|
|
KATA GANTI NAMA
DIRI KETIGA
- Digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan
- Contoh kata ganti nama diri ketiga ialah : baginda, beliau, dia, ia dan mereka
Penerangan
penggunaan kata ganti nama diri ketiga (KGNDKT)
KGNDKT
|
Penerangan
|
Contoh ayat :
|
baginda
|
Untuk menggantikan nama sultan/
raja/kerabat diraja serta para rasul.
|
|
Beliau
|
Untuk menggantikan nama diri
orang yang dicakapkan yang dianggap mulia, berjasa dan tidak melakukan keji
|
|
Dia/ ia
|
Untuk menggantikan nama diri
orang yang diceritakan/dicakapkan
|
|
Mereka
|
Untuk menggantikan nama diri
orang ketiga yang dicakapkan yang bilangannya melebihi seorang
|
|
Rujukan :
Tatabahasa Bahasa Malaysia (UPSR).
Selangor : Longman.
Diubahsuai oleh
:
Masnor_8168