Tanda baca ialah
lambang-lambang tertentu yang digunakan sewaktu menulis untuk memberikan
penjelasan tambahan tentang makna yang ingin disampaikan. Pada kali ini dikongsikan beberapa kesalahan
yang sering berlaku dalam penggunaan tanda-tanda baca, iaitu tanda titik
atau noktah (.), tanda sempang (-) dan tanda seru (!). Diharap dengan adanya penerangan ini kita
akan lebih peka dan dapat menggunakan tanda-tanda baca ini dengan betul dalam
penulisan.
1.
Kesalahan Tanda
Titik/Noktah (.)
Tanda titik atau
noktah ialah tanda baca yang penting dan mesti digunakan dengan betul. Selain berfungsi sebagai tanda penamat dalam
ayat, tanda titik juga digunakan untuk menyatakan singkatan. Kesalahan berlaku apabila tanda titik tidak
digunakan, seperti berikut:
SALAH
|
BETUL
|
Hj
|
Hj.
|
Ak Ali
|
Ak. Ali
|
Dk Hjh Roslina
|
Dk. Hjh.
Roslina
|
Prof
|
Prof.
|
Dr Yahya
|
Dr. Yahya
|
2.
Kesalahan Tanda
Sempang (-)
Terdapat banyak
tempat dalam penulisan yang memerlukan sempang, tetapi penggunaannya sering
diabaikan. Tidak menggunakan sempang
pada tempat-tempat yang diperlukan merupakan kesalahan. Berikut dihuraikan kesalahan-kesalahan dari
segi penggunaan tanda sempang:
(a)
Sebagai Tanda Kata
Ganda
Kata ganda
ditulis dengan penggunaan tanda sempang.
SALAH
|
BETUL
|
meja meja
|
meja-meja
|
jabatan
jabatan
|
jabatan-jabatan
|
berkata kata
|
berkata-kata
|
bantah
membantah
|
bantah-membantah
|
ipar duai
|
ipar-duai
|
saudara mara
|
saudara-mara
|
(b)
Antara Ke dengan
Angka
Sempang
hendaklah hadir antara ke dengan angka.
SALAH
|
BETUL
|
ke 21 atau
ke21
|
ke-21
|
ke 102 atau
ke102
|
Ke-102
|
(c)
Antara Angka yang
Merujuk Tahun dengan Akhiran -an
Sempang perlu
hadir antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran -an.
SALAH
|
BETUL
|
tahun 90 an
atau tahun 90an
|
tahun 90-an
|
tahun 20 an
atau tahun 20an
|
tahun 20-an
|
(d)
Antara Huruf Kecil
dengan Huruf Besar
Huruf besar
digunakan apabila merujuk Tuhan atau nama khas.
Jikalau huruf besar ini digunakan serangkai dengan perkataan lain, maka
sempang digunakan untuk memisahkan huruf besar dengan huruf kecil.
Contohnya:
1.
Merujuk Tuhan
SALAH
|
BETUL
|
hambaMU atau
hamba mu
|
hamba-Mu
|
rahmatNya atau
rahmat Nya
|
rahmat-Nya
|
2.
Huruf besar bagi nama
khas
SALAH
|
BETUL
|
pro Barat atau
proBarat
|
pro-Barat
|
pan Asia atau
panAsia
|
pan-Asia
|
KDN nya atau
KDNnya
|
KDN-nya
|
3.
Kesalahan Tanda (!)
Tanda seru hadir
di akhir ayat. Salah jika tanda seru
diletakkan sepelas kata seru. Contohnya:
SALAH
|
BETUL
|
Amboi! Mahalnya harga baju ini.
|
Amboi,
mahalnya harga baju ini!
|
Alamak! Saya terlupa bawa pensil.
|
Alamak, saya
terlupa bawa pensil!
|
UJI DIRI ANDA
Sila kesan
dan betulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat berikut:
a.
Nama beliau ialah Pro Dr Hj Ak
Roslan.
b.
Oh! Tuhan kepada Mu tempatku
meminta.
c.
Dk Rosnita dilahirkan sekitar
tahun 80an.
d.
“Mendapat tempat ke7 dalam
pertandingan ini ialah Pg Hj Bakri,” kata pengacara itu.
e.
Dia seorang yang anti Barat.
Sila emelkan
jawapan anda ke rosainora@gmail.com
untuk mendapatkan maklum balas.
Disediakan oleh:
Muhammad Husaini
Disesuaikan
daripada:
Eksplorasi
Bahasa Melayu, KBSM Tingkatan 1, 2003.
Fajar Bakti Sdh.., Bhd., Malaysia.