MASALAH PENGAJARAN TATABAHASA
MEMBOSANKAN
Menurut Awang Sariyan (2009), aspek tatabahasa sering dianggap orang sebagai subjek atau aspek yang “kering”, membosankan, dan kadangkalanya menakutkan. Tatabahasa dianggap “kering” dan membosankan kerana kononnya ia hanya terdiri daripada rumus-rumus bahasa, sama halnya seperti mata pelajaran Matematik. Disebabkan itulah, tidak ramai pelajar yang dapat menguasai aspek ini walaupun mereka sudah mempelajarinya sejak sekolah rendah lagi (Nawi Ismail, 2010).
KESALAHAN BAHASA
MEMBOSANKAN
Menurut Awang Sariyan (2009), aspek tatabahasa sering dianggap orang sebagai subjek atau aspek yang “kering”, membosankan, dan kadangkalanya menakutkan. Tatabahasa dianggap “kering” dan membosankan kerana kononnya ia hanya terdiri daripada rumus-rumus bahasa, sama halnya seperti mata pelajaran Matematik. Disebabkan itulah, tidak ramai pelajar yang dapat menguasai aspek ini walaupun mereka sudah mempelajarinya sejak sekolah rendah lagi (Nawi Ismail, 2010).
KESALAHAN BAHASA
Pelbagai
kesalahan bahasa dapat dikesan dalam latihan atau jawapan pelajar, bukan sahaja
dalam penulisan karangan (Nawi Ismail, 2010), malahan juga dalam konteks
lisan. Menurut Raminah Hj. Sabran (1987), kesalahan bahasa
bermaksud bentuk bahasa yang menyimpang daripada bentuk bahasa yang baku, iaitu
suatu bentuk bahasa yang digunakan dalam hubungan formal. Bentuk ini
benar-benar mematuhi tatabahasa dan bebas daripada pengaruh dialek daerah dan
bahasa pertuturan yang tidak formal.
Juriah dan kawan-kawan (1994) pula menyatakan bahawa kesilapan bahasa
adalah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa
yang diterima sebagai baku oleh penutur jati yang terpelajar dan kesilapan itu
meliputi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan
perkataan dan istilah.
KURANGNYA KESANTUNAN BERBAHASA
KURANGNYA KESANTUNAN BERBAHASA
Selain itu, kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi juga
kurang diambil perhatian. Kesantunan bahasa diukur berdasarkan kepatuhan
penggunaan bahasa terhadap peraturan bahasa yang digunakan oleh sesuatu
masyarakat. Secara umum, ia merujuk
kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia
dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara (Awang
Sariyan, 2007). Namun, masyarakat kita
hari ini hanya sekadar menyampaikan idea dengan menggunakan bahasa yang
memperlihatkan kesombongan, keangkuhan ketidakacuhan, keegoan, tidak beradat
dan kurang ajar terutamanya dalam konteks lisan. Menerusi penggunaan kata ganti diri,
misalnya, masyarakat kita masih gagal untuk mengenal pasti bentuk sapaan yang
sesuai dan sopan untuk digunakan Ada
juga golongan remaja yang tidak mengucapkan salam tanda sapaan dan hormat
sebelum memulakan bicara (Zuraidah Mohd. Sulaiman, 2011).
MENGGUNAKAN SATU KAEDAH PENGAJARAN SAHAJA
MENGGUNAKAN SATU KAEDAH PENGAJARAN SAHAJA
Selain itu, terdapat juga guru yang mengajarkan aspek
tatabahasa dengan menggunakan satu kaedah pengajaran sahaja. Menurut Awang Sariyan (2009), guru yang hanya
memberi penekanan kepada penguasaan rumus-rumus tatabahasa akan lupa untuk
menerapkan tatabahasa dalam konteks penggunaan yang wajar dan sesuai. Manakala,
guru yang taksub kepada penguasaan aspek komunikatif bahasa pula memandang
remeh akan ketepatan bahasa daripada segi rumus tatabahasa. Akibatnya, kaedah tradisional gagal atau
kurang berjaya menjadikan tatabahasa sesuatu yang bermakna dalam kehidupan
pelajar. Manakala, kaedah komunikatif
pula gagal melahirkan pelajar yang berdisiplin daripada segi penggunaan bahasa
yang gramatis dan bersistem walaupun mungkin menarik kerana mengaitkan bahasa
dengan kehidupan sehari-hari.
TUJUAN PENGAJARAN TATABAHASA
TUJUAN PENGAJARAN TATABAHASA
Bagi menangani
masalah ini, guru Bahasa Melayu
perlu mengambil sikap terbuka. Mereka
perlu memperbaiki pengajaran mereka agar ia dapat menarik minat pelajar dan
dapat membantu pelajar bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan berbahasa (sama
ada lisan mahupun tulisan) bukan sahaja di dalam kelas, malahan juga dalam
konteks lingkungan yang lebih luas.
MENARIK MINAT
MENARIK MINAT
Salah satu tujuannya adalah untuk
menarik minat pelajar. Menarik minat
yang dimaksudkan ialah dapat merangsang atau menarik perhatian pelajar untuk
menyertai dan melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan oleh guru
di dalam bilik darjah. Dalam hal ini,
motivasi dan rangsangan daripada gurulah yang memainkan peranan penting. Dengan kata lain, guru perlu mengembangkan
minat pelajar untuk mempelajari tatabahasa bukan hanya terhad di dalam bilik
darjah, tetapi, apa yang lebih penting ialah, minat itu dapat dibangkitkan secara
berterusan dan diarahkan kepada sesuatu matlamat tertentu yang akan dapat
membawanya jauh melebihi daripada pengalaman yang digunakan sebagai penggerak
atau motivasi ke arah pembelajaran selanjutnya (Kamarudin Haji Husin, 2010).
MENINGKATKAN MUTU BAHASA PELAJAR
MENINGKATKAN MUTU BAHASA PELAJAR
Selain
itu, tujuan lain pengajaran tatabahasa perlu diperbaiki ialah untuk
meningkatkan mutu bahasa pelajar ketika berkomunikasi. Dengan kata lain, bahasa yang digunakan oleh
pelajar perlu mempunyai kualiti dan nilai yang tinggi sama ada digunakan dalam
konteks lisan mahupun tulisan. Dalam hal
ini, kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja mementingkan ketertiban dari segi
morfologi, fonologi, sintaksis dan semantik, malahan juga mementingkan dari
segi ketertiban atau kesantunan berbahasa.
RUJUKAN
RUJUKAN
Awang Sariyan
(2007). Santun Berbahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
Juriah Long, Raminah
Hj. Sabran dan Sofiah Hamid (1994). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia,
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Kamarudin Haji
Husin (2010). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Nawi Ismail
(2010). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa dan Ejaan: Satu
Cadangan. Strategi Pengajaran Guru Cemerlang.
Diselenggarakan oleh Azizul Rahman Abdul Rahman dan Mohamad Saleeh Rahamad.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Raminah Hj. Sabran (1983).
Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati
Bahasa Melayu di Kalangan Guru Pelatih, Tesis Sarjana Pendidikan,
Universiti Malaya.
Zuraidah Mohd. Sulaiman (2011). Sopan Berbahasa Wadah Semarak Bangsa. Pelita
Bahasa. Jun 2011: 4
Disediakan Oleh:
Cikgu Ros Linawati
saya jadikan blog cikgu sebagai rujukan saya. terima kasih atas perkongsian
BalasPadam