Rabu, 17 Oktober 2012

Tunjuk Ajarku Guru: Penjodoh Bilangan



Assalamualaikum…dalam segmen kali ini saya akan menerangkan beberapa penjodoh bilangan yang jarang-jarang kita gunakan.  Apakah penjodoh bilangannya ?

Penjodoh Bilangan
Kegunaannya
Ayat Contoh
Baris/deret
Untuk membilang manusia atau benda yang tersusun dalam satu barisan seperti orang, pokok, rumah/kedai, kerusi dan ayat
  • Dalam sebaris rumah itu hanya dua buah rumah yang didiami orang
  • Sehingga jam 7.00 pagi, kakak hanya dapat menorah dua baris pokok getah
Berkas
Untuk membilang benda-benda panjang yang diberkas/diikat seperti kayu, rotan, tebu dan lidi
  • Kedua-dua berkas kayu api itu diletakkan Hj.Ali di dalam perahunya.
  • Seberkas tebu dijual oleh Hj.Ahmad dengan harga $5.00
Butir
Untuk membilang benda-benda yang kecil saiznya san agak bulat bentuknya seperti manik dan permata
  • Dia menggunakan 20 butir manik untuk hiasan bajunya.
  • Di dalam bekas tembaga itu tersimpan dua butir permata yang mahal harganya.
Carik/colek
Untuk membilang benda-benda yang telah dikoyakkan menjadi cebisan kecil seperti kain dan kertas
  • Lily menggunakan secarik kain untuk membalut luka dijarinya
  • Amir mengambil secebis kain perca dari dalam laci almari itu.
Cecah/colek
Untuk membilang benda-benda yang dapat dicecah/dicolek dengan hujung jari seperti jem, sambal, garam dan serikaya.
  • Kerana sayang akan sececah/secolek garam, habis busuk ikan sebelanga.
  • Bapa menggaulkan nasinya dengan beberapa cecah/colek sambal belacan.
cekak
Untuk membilang benda-benda yang dipegang secara mencecak (ukuran lingkaran ibu jari tangan dengan mana-mana jari yang lain)
  • Ibu membeli dua cekak pucuk paku untuk dijadikan kerabu pucuk paku.
  • Kakak mengikat secekak lidi yang sudah dirautnya untuk dijadikan penyapu.
genggam
Untuk membilang benda-benda yang dapat digenggam dengan tangan seperti beras/padi, gula, tepung, dedak, kacang dan pasir
  • Hjh Limah menaburkan beberapa genggam padi kepada ayam-ayamnya.
  • Chef Juna menambahi adunan itu dengan segenggam tepung.
gugus


Untuk membilang benda yang bergugus atau berangkai seperti buah anggur, kelapa sawit dan pulau
  • Rozi membeli dua gugus anggur yang masih muda untuk dijadikan ubat
  • Pekerja ladang itu mati ditimpa segugus kelapa sawit
gumpal
Untuk membilang benda-benda yang bergumpal seperti rambut, awan, tembakau, kertas yang direnyuk dan kekabu/kapas
  • Pihak polis menemukan segumpal rambut di sisi mayat yang reput itu.
  • Azmi membaling rakannya yang tertidur itu dengan segumpal kertas.
jambak
Untuk membilang benda-benda yang berjambak seperti bunga-bungaan dan kunci
  • Ibu menyuruh Alif menyimpan dua jambak kunci itu di dalam laci
  • Dua jambak bunga itu telah layu
kaki
Untuk membilang benda-benda yang seolah-olah berkaki seperi paying, cendawan dan bunga
  • Dua kaki payung itu masih elok.
  • Lima kaki cendawan itu disahkan beracun.
kepal
Untuk membilang benda-benda yang diambil dengan genggaman tangan seperti nasi, pulut, beras dan pasir
  • Husna menyuap adiknya sekepal pulut kuning.
  • Dua kepal nasi itu disusun oleh ibu di dalam pinggan.
puntung
Untuk membilang rokok atau kayu yang berlebih daripada yang dibakar
  • Ibu membuang beberapa punting rokok
  • Ketiga-tiga punting kayu api itu masih berasap.
ruas
Untuk membilang benda-benda yang beruas seperti jari, buluh, rotan dan tebu
  • Daripada sebatang tebu itu, hanya dua ruas sahaja yang tidak busuk.
  • Hj.Yunos mengambil seruas buluh untuk dijadikan tabung.
untai
Untuk membilang madah, pantun, syair dan sajak
  • Pelajar itu menulis beberapa untai madah di atas kertas merah itu.
  • Tiga untai syair itu diciptanya sewaktu dia pergi melancong ke Medan dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan