Memaparkan catatan dengan label Pengenalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengenalan. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Ogos 2012

Pengenalan: Segmen Blog



Blog ini memaparkan beberapa segmen kepada pembaca.  Segmen-segmen yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1.   Berfikir Sejenak
Segmen yang mengajak pembaca untuk berfikir sejenak tentang pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling mereka untuk dijadikan panduan, renungan dan ikhtibar.

2.   Khazanah, Tips dan Panduan
Mengandungi pelbagai tips dan panduan, khususnya kepada kaum guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

3.   Oh, rupanya!
Segmen yang memaparkan sebab akibat berlakunya sesuatu perkara untuk dijadikan sebagai renungan  dan pengajaran dalam hidup.

4.   Asam Garam Duniaku
Perkongsian pengalaman guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai guru.

5.   Seindah Bahasa
Segmen yang mengandungi mutiara kata atau kata-kata hikmat yang boleh dijadikan sebagai pedoman dan panduan hidup.

6.   Info Ilmu
Mengandungi pelbagai info dan maklumat khususnya yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan juga pelbagai isu atau artikel, yang diketengahkan untuk pengetahuan semua.

7.   Santai Ilmu
Mengandungi elemen-elemen permainan bahasa seperti teka-teki, soal jawab, teka silang kata, kuiz dan sebagainya.

8.   Tunjuk Ajarku Guru
Segmen yang mengandungi tips dan panduan untuk pelajar.

9.   Analisis Kesalahan Bahasa
Segmen ini diwujudkan untuk membincangkan kesalahan tatabahasa yang sering berlaku dalam penggunaan bahasa Melayu.  Antara kesalahan yang dibincangkan ini ialah kesalahan segi sintaksis, makna dan sebagainya.  Sesi pembetulan yang terdapat dalam ruangan ini diharap akan dapat mempertingkatkan kepekaan kita terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul, sama ada dalam pengungkapan mahupun penulisan.

10.  Seni Kreatif
Segmen ini mengongsikan bahan-bahan atau hasil-hasil kreativiti yang berkaitan dengan bahasa Melayu sama ada yang berbentuk kesusasteraan; penulisan cereka, sajak, pantun, termasuklah perkongsian bahan-bahan pameran tentang bahasa Melayu.

11.  Aktiviti Bahasa
Segmen yang memaparkan pelbagai aktiviti bahasa yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, sama ada yang berlangsung di dalam bilik darjah atau di bilik darjah.

12.  Segmen Ibu Bapa
Segmen khusus untuk ibu bapa yang mengongsikan pelbagai info dan maklumat tentang pendidikan Bahasa Melayu. 





Selasa, 14 Ogos 2012

Pengenalan: Pemilihan Nama dan Cogan Kata Blog


Nama blog yang dipilih ialah SERAMBI PELITA ILMU, manakala, cogan kata yang dipilih ialah SANTAI, MESRA DAN BERMAKLUMAT.    




Keterangan Pemilihan Nama Blog

'Serambi' atau nama lainnya 'beranda' merupakan ruang terbuka yang berbumbung dan berlantai di bahagian depan atau tepi rumah.'Pelita' pula ialah sejenis bekas berbagai-bagai bentuk  (berisi minyak dan bersumbu) yang digunakan untuk memberi cahaya.  Manakala, 'ilmu' pula merupakan pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll (Kamus Dewan edisi Keempat, 2005).


Dalam konteks ini, Serambi Pelita Ilmu ialah tempat perkongsian pelbagai info, maklumat, data, panduan dan pengetahuan mengenai elemen-elemen kemahiran berfikir dalam pengajaran Bahasa Melayu.  Semuanya ini disampaikan dalam bentuk bahasa yang santai dan mudah difahami. 


Keterangan Pemilihan Cogan Kata Blog

'Santai, mesra dan bermaklumat'.  Itulah cogan kata yang menjadi pilihan.  Matlamat utamanya ialah supaya Serambi Pelita Ilmu ini menjadi tempat  yang SANTAI , MESRA pembaca dan menyampaikan pelbagai MAKLUMAT  yang berguna kepada para pembaca.  Dalam konteks ini, pembaca yang menjadi sasaran ialah kaum guru, pelajar dan juga ibu bapa. 


Rabu, 8 Ogos 2012

Pengenalan: Latar Belakang dan Objektif Pembinaan Blog

EO-5306-B: Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan Bahasa
Pensyarah: Dr. Haji Yahya bin Othman

LATAR BELAKANG BLOG

Blog ini dibina pada 07hb. Ogos, 2012 oleh mahasiswa-mahasiswi UBD kursus Sarjana dalam Pendidikan Bahasa Melayu sesi 2011/2012.  Seramai 4 orang ahli terlibat dalam pembinaan blog ini, iaitu:

1. Md. Husaini @ Saini bin Haji Mat Yassin






2.  Mesra Adikasuma binti Haji Metussin




3.  Ros Linawati binti Tindeh




4.  Hajah Masnordina binti Haji Jainuddin



OBJEKTIF PENUBUHAN BLOG

Antara lain objektif penubuhan blog ini ialah seperti berikut:

1. Untuk memenuhi keperluan projek kerja kursus EO-5306-B: Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Bahasa

2. Untuk menyokong hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN 21) dalam menggalakkan warga negara Brunei supaya berpendidikan, berkemahiran tinggi (khususnya dalam bidang teknologi komunikasi) dan berjaya menjelang tahun 2035.

3.   Untuk memberigakan warga pendidik, ibu bapa dan pelajar tentang perkembangan pendidikan dan isu-isu pendidikan bahasa Melayu dalam konteks pendidikan di negara ini dan juga negara-negara serantau.

4. Untuk berkongsi maklumat, data dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bidang pendidikan bahasa.