Bertemu lagi di segmen ibu
bapa…Pertemuan kali ini membincangkan serba sedikit tentang “Tiga Bunyi Huruf ‘e’.”
Bunyi e pertama : seperti dalam
perkataan /ekor/, /enak/, /esok/
Bunyi e kedua, pada zaman dahulu dikenali sebagai e bertanda
(ĕ) bagi melambangkan
bunyi /ə/
: seperti dalam perkataan /emak/,
/emas/, /empat/
Bunyi e ketiga : Dengan kepesatan teknologi
maklumat komunikasi membawa bersama-samanya beberapa perkataan baharu.
Antara perkataan itu termasuklah elektronik. Hanya huruf e digunakan
apabila perkataan ini digabungkan dengan perkataan lain. Maka muncullah perkataan seperti e-mel,
e-dagang, e-buku, e-dokumen dan e-penerbitan.
Sebutan huruf e bagi
perkataan-perkataan ini bukanlah bunyi /e/ atau /ə/.
Yang kita sebut ialah nama huruf itu.
Sebutan nama huruf itu ialah /i/. Sebutan ini satu bunyi juga. Jadi, kini huruf
e melambangkan tiga bunyi.
Perkembangan ini menarik. Namun, dengan
berdasarkan ilmu bunyi bahasa, satu huruf sebaik-baiknya melambangkan satu
bunyi.
Disediakan :
Masnor_8168