Pengalaman pahit
saya ketika hari pertama saya bergelar
seorang guru memang tidak dapat saya lupakan. Pada hari pertama saya ditugaskan, saya ditempatkan di sebuah sekolah rendah separa pedalaman di Daerah Belait. Memang pelbagai perasaan yang timbul dalam lubuk hati saya ketika saya menerima surat tawaran tersebut. Ada perasaan cemas, risau, gembira dan pelbagai perasaan lagi.
Pada hari pertama pendaftaran, saya datang awal ke sekolah. Saya dapati, udara di kawasan sekolah tersebut sungguh
nyaman dan menenangkan. Sebagai guru
baru, saya sudah setentunya belum mempunyai pengetahuan tentang selok belok sekolah ini. Oleh itu, ketika waktu rehat, saya bercadang untuk meninjau kawasan sekolah untuk melihat kanak-kanak bermain. Sewaktu meninjau kawasan sekolah, saya tiba-tiba tertarik dengan sebuah bangunan yang
terbiar.
Apa yang menarik minat saya
ialah keadaan sekelilingnya yang dipenuhi dengan sampah padahal bangunan tersebut
terletak berhampiran dengan bangunan sekolah.
Timbul rasa tanggungjawab saya sebagai guru agar dapat dijadikan contoh kepada murid-murid saya. Saya tiba-tiba terfikir untuk mengutip semua sampah tersebut. Tetapi, tiba-tiba, tanpa saya sedari, rupa-rupanya gerak geri saya
sedang diperhatikan oleh sekumpulan monyet liar di kawasan tersebut. Alangkah
terkejutnya apabila nampak sekumpulan monyet liar. Saya nyaris-nyaris diserang oleh monyet liar tersebut. Namun, mujur seorang guru yang ada di sana mengekori saya.
Jika tidak, saya pun tidak tahu apakah yang bakal terjadi kepada saya. Pada ketika itu, saya sempat melarikan diri dan dapat melepaskan diri daripada diserang oleh monyet tersebut. Menurut guru tersebut, monyet di
sana sangat ganas sehingga menyebabkan tiada
seorang pun yang sanggup menyewa kantin sekolah.
Setiap hari barang jualan akan dicuri, dan kadang-kadang menurutnya
monyet-monyet tersebut menyerang penguasa kantin.
Syukur saya
panjatkan kepada Ilahi kerana telah menjauhkan saya dari kejadian yang tidak
diingini. Nasihat saya kepada guru-guru
yang baharu saja ditempatkan di sekolah baharu agar memerhatikan keadaan
sekeliling mereka dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.