Video ini dihasilkan oleh sekumpulan
pelajar Tahun 9GS-1 Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait pada tahun 2010. Ia
dihasilkan sebagai salah satu projek. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar supaya mengenali bahasa puak-puak Melayu jati di Brunei. Salah satu bahasa puak yang dimaksudkan ialah bahasa puak Belait seperti yang dipaparkan melalui video di atas. Selain itu, projek ini juga diadakan dengan tujuan untuk mencungkil kreativiti dan
mengasah bakat yang ada pada diri pelajar.
Tahniah dan
syabas saya ucapkan kepada pelajar-pelajar yang menjayakan projek ini. Tidak ketinggalan juga kepada mereka yang turut terlibat dalam pembikinan video yang ‘simple’ dan
sederhana ini.
Mesra Hm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan