Sabtu, 15 September 2012

Info Ilmu/Oh Rupanya: Laut Berbuih???





Kejadian alam seperti banjir besar,hujan lebat merupakan fenomena biasa yang terjadi di atas muka bumi ini. Terdapat satu lagi fenomena yang boleh dianggap unik. Satu fenomena alam luar biasa yang jarang berlaku menyebabkan kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan dibanjiri oleh air buih ‘Cuppuccino’. Buih-buih itu jelas kelihatan melimpah sehingga melebihi pesisir pantai dan masuk ke kawasan tempat awam. Kejadian ganjil ini dikenali sebagai “buih laut” atau bahkan “buih pantai” dan ia berlaku disebabkan tindak balas air laut dengan kekotoran bahan organik, seperti plankton, ikan mati, tumbuh-tumbuhan mati dan lain-lain elemen yang terapung di permukaan air.

Arus yang kuat menyebabkan air membentuk gelembung kecil yang mempunyai kecenderungan untuk “bergabung” dan menyebabkan fenomena ini berlaku.  Saintis telah mengatakan bahawa jika kelajuan angin adalah lebih daripada enam meter sesaat, maka tenaga yang dipindahkan daripada angin untuk air berskala lebih tinggi, dan kuasa yang dikenali sebagai ketegangan  air luar biasa tidak cukup untuk memegang molekul di permukaan bersama-sama .  Ini menyebabkan air terputus sehingga ke titisan kecil disebabkan oleh ketegangan permukaan yang menyebabkan mereka untuk muncul sebagai buih putih.


Disediakan oleh :
Masnor_8168


Asam Garam Duniaku: Sejauh mana Kita Memainkan Peranan Kita Sebagai Pendidik?



Menjadi seorang pendidik memang bukan tugas yang mudah.  Ia memerlukan kesabaran dan kegigihan seseorang guru itu kerana amanah yang diberikan adalah sungguh besar.

Sepanjang karier saya sebagai pendidik saya bertemu pelbagai ragam pendidik.  Ada yang memikul amanah Allah SWT ini dengan seikhlasnya dan tidak kurang juga yang memikulnya sambil lewa sahaja.

Pertemuan kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana kesungguhan seorang guru mendidik anak muridnya hingga menempa kejayaan yang membanggakan.  Individu ini saya kenali sejak saya mengajar di sekolah ini.  Dia seorang guru yang berdedikasi dan berkarisma namun kesihatannya tidak mengizinkan beliau untuk bekerja lebih keras lagi.  Akan tetapi, individu ini tidak pernah menganggap kekurangannya itu sebagai penghalang untuknya berbakti kepada muridnya.

Bermacam inisiatif beliau laksanakan termasuklah mengadakan kelas tambahan secara percuma di rumahnya.  Beliau juga sanggup mengorbankan hujung minggunya untuk mendidik muridnya dengan mengadakan kelas tambahan setiap minggu.  Berkat kesungguhan beliau, sekolah kami telah menempah sejarah buat pertama kalinya apabila berjaya mendapat 100% dalam mata pelajaran yang diajarnya iaitu Matematik.  

Sesungguhnya beliau merupakan sumber inspirasi untuk saya.  Walaupun dengan masalah kesihatan yang dialaminya tetapi semangat dan kegigihannya tetap membara.  Beliau menyedarkan saya bahawa mendidik ini tidak mengira masa dan tempat kerana ia adalah amanah Allah SWT kepada kita.  Saya berasal kesal  kerana terdapat  sesetengah guru yang mendidik anak bangsa sambil lewa sahaja.

Semoga kita diberi kekuatan, keinsafan dan kesihatan yang terbaik untuk memikul amanah ini demi mendidik anak bangsa kita yang tercinta. 

Renungkanlah…

Memang benar sumber rezeki kita halal namun adakah ia cukup berbaloi dengan sumbangan kita?
Sejauh manakah kita sanggup menyuap mulut anak kita dengan rezeki yang kita peroleh ini?

Dihasilkan oleh :
Cg.Masnor_8168