Internet menyajikan
bermacam-macam benda baru kepada kita.
Pokoknya Internet menyediakan A hingga Z segala permintaan kita. Semua informasi ada di hujung jari dengan
adanya Internet. Namun, Internet juga
boleh membawa padah kepada anak-anak jika tidak ada kawalan sepenuhnya.
Memang sukar jika kita
tidak membenarkan anak kita sama sekali untuk melayari Internet. Ini kerana, pendidikan sekarang banyak
memerlukan pelajar untuk mencari bahan dari Internet. Apa yang perlu kita lakukan sebagai ibu bapa
ialah kawal dan pantau penggunaan Internet anak-anak kita.
Oleh kerana kebanyakan
maklumat di Internet sangat mudah diakses oleh anak-anak, ibu bapa perlu
mengawal aktiviti mereka berada dalam online. Laman web yang amat dikhuatiri akan dilawati
oleh anak-anak bukan sekadar laman web yang boleh memberi virus kepada komputer
kita melalui perisian-perisian yang dimuat turun secara percuma tetapi yang
amat perlu diawasi ialah portal yang mengandungi unsur lucah (pornografi),
keganasan, penyelewangan agama dan laman sosial yang tidak bermoral.
Begitu juga dengan kawalan
terhadap jenis-jenis web yang dilawati.
Sentiasa ingatkan mereka agar mencari maklumat di laman web berkaitan
saja. Aturkan masa penggunaan internet dengan
menetapkan had masa penggunaan khususnya menjelang lewat malam. Adalah lebih baik komputer yang disediakan
untuk mereka ditempatkan di ruang tamu atau pun di bilik yang sama dengan
tempat ibu atau ayah membuat kerja agar aktiviti anak-anak lebih mudah
dipantau. Elakkan meletakkan komputer di bilik yang terasing daripada pandangan
orang lain.
Namun sekarang, Internet
bukan sahaja boleh dilayari melalui komputer bahkan telefon bimbit dan Ipad
juga telah memberi kesenangan untuk melayari Internet. Di sini lah peranan ibu bapa dalam memberi
limitasi kepada anak-anak mereka terutamanya dalam melayari Internet.
Dipetik dan diubahsuai
dari : http://propintar.com/index.php?option=com_content&view=article&id=21:awasi-anak-anak-di-internet&catid=6:tips-ibubapa&Itemid=18
Oleh :
Masnor_8168