Sabtu, 8 September 2012

Berfikir Sejenak: Susah Sangatkah Nak Menekan Isyarat Lampu Kereta?


Kemalangan jalan raya sering berlaku disebabkan kecuaian pemandu! Sehingga musim Aidilfitri tahun 2012 ini saja telah banyak kes yang dilaporkan dan ramai pula yang telah terkorban.  Minta kita semua, ahli keluarga dan semua yang kita kenali sentiasa berada dalam rahmat-Nya, amin...

Kali ini saya tergerak untuk membincangkan isu sebilangan pemandu yang malas menggunakan lampu isyarat.  Saya percaya semua kenderaan di negara ini dilengkapi dengan kemudahan tersebut.  Ketahuilah bahawa menyalakan lampu isyarat kenderaan sebelum memasuki simpang sememangnya sangat penting.  Namun, saya telah sering berhadapan dengan jenis pemandu yang boleh saya katakan pemalas, sombong dah membahayakan orang lain! 

Saya tidak tahu sebab mereka malas hendak berbuat demikian, padahal bukannya susah sangatpun. Keengganan menggunakan lampu isyarat ke kiri atau ke kanan sememangnya boleh menyusahkan pengguna jalan raya yang lain, malah boleh menyebabkan kemalangan.  Saya harap pihak berwajib akan dapat memikirkan hal ini, khasnya dari segi penguatkuasaan undang-undang.   Kempen-kempen kesedaran mengenainya juga perlu dihebahkan sebelum sikap dan mentaliti buruk ini semakin menjadi-jadi.  


‘Kecuaian yang dianggap remeh boleh mencetuskan masalah besar, fikirkanlah…’

Oleh:
Cikgu Md. Husaini

Tips dan Panduan: Rangka Kandungan Persediaan Mengajar



Sebelum ini telah dinyatakan tentang kepentingan menyediakan nota persediaan mengajar.  Nota persediaan mengajar sangat penting sebagai rujukan para guru, iaitu tentang kandungan isi-isi dan langkah-langkah pengajaran sesuatu topik.  Nota persediaan mengajar perlulah disediakan awal sekurang-kurangnya untuk sesi pengajaran satu minggu. 

Pada tahun 2006, saya telah berpeluang mengikuti sebuah kursus keguruan yang telah diadakan di Pusat Dakwah Islamiah, Negara Brunei Darussalam.  Dalam kursus tersebut kami telah didedahkan dengan rangka kandungan persediaan mengajar yang ideal, iaitu seperti berikut:

Tarikh                :
Masa                  :
Kelas                 :
Jumlah Pelajar  :
Tajuk pelajaran :
*Objektif (khas) : (Objektif pengajaran ialah perkara yang boleh dicapai pelajar, misalnya bagi topik ‘imbuhan me-‘, boleh ditulis seperti berikut:

Pada akhir pelajaran ini, pelajar diharap akan dapat: 
i.                     menggunakan imbuhan ‘me-‘ dengan betul dan tepat dalam ayat. 

ii.                   membuat ayat dengan menggunakan kata-kata yang betul.   

*Elakkan menggunakan perkataan ‘mempercayai, mengetahui, memahami, menghargai, menyedari, menikmati).
                              
Isi pelajaran       :         i.  ____________________________ 
                                     ii. ____________________________

Rujukan             :     
(Nyatakan bahan-bahan atau buku-buku rujukan yang digunakan)

Alat Bantu Mengajar :     
(Nyatakan alat-alat bantu yang digunakan, misalnya projektor)

Set Induksi         :       
(Gunakan subjek atau objek yang dapat merangsang minda pelajar secara aktif)

Penyampaian      :  
(Pastikan langkah-langkah penyampaian sejajar dengan objektif pengajaran).

Langkah 1
Langkah 2 (dan seterusnya).

Penutup        :             
Mengulang kembali dan merumus isi pelajaran.

Penilaian      :     
(Buat refleksi.  Tulis hasil penilaian terhadap objektif pelajaran, sama ada tercapai keseluruhannya atau sebahagiannya.  Hal ini penting untuk merangka isi-isi dan langkah-langkah pelajaran yang berikutnya).

Catatan        :     
(Tulis peristiwa yang berlaku semasa mengajar, misalnya ada pelajar yang dibenarkan pulang awal atau yang tidak menghantar tugasan).



Dikongsikan oleh:
Cikgu Md Husaini