Kata Seru
|
Penggunaannya
|
Ayat Contoh
|
aduh
|
digunakan untuk menyatakan perasaan
hairan atau sakit
|
1.Aduh,
cantiknya puteri itu!
2.Aduh,
sakit perutku!
|
aduhai
|
digunakan untuk menyatakan perasaan
sedih
|
Aduhai, malang sungguh nasibku!
|
ah
|
digunakan untuk menyatakan rasa tidak
setuju atau untuk menyatakan penolakan
|
1.Ah,
aku tidak setuju!
2.Ah,
aku tidak mahu terbabit!
|
Amboi
|
digunakan untuk menyatakan rasa hairan
atau kagum
|
1.Amboi, comelnya bayi itu!
|
Cih/cis
|
digunakan untuk menyatakan perasaan
tidak suka, mengejek atau marah
|
1.Cih,
biadap sungguh pemuda itu!
2.Cis,
nyah engkau dari sini.
|
Eh
|
digunakan untuk membayangkan perasaan
hairan atau terkejut
|
Eh, kamu tinggal di sini rupa-rupanya.
|
Hai
|
digunakan untuk menyatakan perasaan
hendak menyapa atau untuk menarik perhatian
|
1.Hai,
lama kita tak berjumpa!
2.Hai, lihat perbuatanmu ini!
|
Nah
|
digunakan untuk menarik perhatian dan
berbagai-bagai maksud
|
1.Nah,
inilah yang ku nanti-nanti!
2.Nah,
kalau begitu, bersabarlah!
3.Nah,
rasakan penumbukku ini!
|
Oh
|
digunakan untuk menyatakan perasaan
kecewa, hairan, terkejut, dan sebagainya
|
1.Oh,
sampai hati engkau berbuat begitu!
2. Oh,
baru aku teringat!
|
wah
|
digunakan untuk menyatakan perasaan
kagum
|
Wah, banyaknya durian yang gugur!
|
Wahai
|
digunakan untuk menyatakan perasaan
sedih atau untuk menarik perhatian
|
Wahai saudara-saudara sekalian, kembalilah ke jalan yang benar!
|
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan
kata seru yang paling sesuai yang terdapat dalam kurungan.
________, pesat sungguh pembangunan di
sini!
________, abang saya rupa-rupanya
bermain di padang itu!
________, pelajar-pelajar, belajarlah
dengan sungguh-sungguh!
________, berani kamu menunjukkan muka
di sini!
________, pening kepala aku apabila
memikirkan hal itu!