Selasa, 28 Ogos 2012

Oh Rupanya: Mengapa Rambut Kita Beruban?




Mengapakah rambut manusia beruban?  Ada yang memberikan konotasi bahawa punca uban ialah kerana usia sudah lanjut.  Bagaimana pula dengan mereka yang masih muda tetapi memiliki uban di rambut mereka?  Antara faktor yang menyebabkan tumbuhnya uban di rambut ialah:

Faktor usia
Kajian yang telah dijalankan di Eropah mendapati kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut beruban pada usia 40 tahun.

Faktor Genetik
Bcl2 dan Bcl-w ialah dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang. Ternyata perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut. Hal ini menyebabkan rambut seterusnya yang muncul akan tumbuh tanpa pigmen melanin.

Kekurangan vitamin B 12
Kekurangan nutrisi yang mengandungi vitamin B12 (zat besi) biasanya dialami oleh sesetengah golongan.  Ibu-ibu yang mengandung kerapkali mengalami kekurangan vitamin B12. Apabila ini berlaku, pembentukan melanin akan semakin berkurangan.

Merokok
Menurut J.G.Mosley melalui kajian beliau yang dijalankan pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami 4 kali lebih cepat masalah rambut beruban.  



           Diubah suai dari:
           http://sangmentari.wordpress.com/2010/04/05/apa-punca-rambut-beruban/



Asam Garam Duniaku: Salahkah Jika Guru Menegur?



Kisah nyata dan benar.   Seorang guru telah menegur salah seorang pelajar yang sedang bermain dengan benda tajam (“Cutter”) sewaktu pelajar membuat perbincangan mengikut kumpulan.  Sehinggalah kali ketiga pelajar tersebut ditegur….tiba-tiba dia naik berang.  Guru tergamam.  Salahkah menegur untuk keselamatannya?.   Pelajar yang lain sibuk menyuruh pelajar tersebut berhenti dari amukannya, memikirkan guru tersebut berbadan dua.Oleh kerana tidak tahan melihat sikap pelajar tersebut, guru mengambil “cutter” dan berkata “Sila keluar dari kelas ini jika tidak berminat untuk belajar”.     Keesokannya dia datang ke bilik rehat guru dan meminta maaf atas perbuatannya.  

Segala teguran dan nasihat daripada guru adalah demi kebaikan dan masa depan pelajar. 

Mesra Hm.