Pilih Simpulan Bahasa yang paling sesuai
untuk melengkapkan ayat di bawah ini.
1. Budak-budak ............ itu
sering membuat bising hingga larut malam.
a). kacang
hantu
b). berat
tulang
c). kaki
bangku
2. Orang
kaya yang .............. itu tidak mahu menghulurkan derma, walaupun seringgit.
a). mata
duitan
b). rambang
mata
c). tangkai
jering
3. Ali
dapat menjawab semua soalan yang diberikan oleh Cikgu Zaidi kerana dia pelajar
yang........
a). hati
batu
b). bintang
terang
c). otak
cair
4. Khadizah ............ untuk menjadi seorang peragawati yang terkenal.
a). ada hati
b). iri hati
c). hati batu
5. Fikri
disayangi oleh gurunya kerana dia........
a). panjang tangan
b). buruk siku
c). ringan tulang
6. Syafiqah
dan Sarah membawa ................ ketika menziarahi ibu saudara mereka di
hospital.
a) buah mulut
b). buah fikiran
c). buah tangan
7. Ahmad
hanya duduk di tepi padang ketika kawan-kawannya bermain bola kerana dia..............
a). kaki bangku
b). kaki ayam
c). lipas kudung
8. Ayah
telah membelikan adik cermin mata kerana dia ..................
a). rabun warna
b). anak emas
c). rabun ayam
9.Pada
cuti penggal persekolahan yang lepas, kami sekeluarga .............. di Ulu Temburong.
a). makan angina
b). makan suap
c). makan angkat
10.Beberapa
orang pelajar membuka ______________ apabila dikejar oleh seekor anjing gila.
a). langkah seribu
b). langkah kanan
c). langkah kiri