Sedikit terkilan apabila mendengar
kereta guru tercalar, cermin kereta pecah, paku pula terpacak pada tayar, malah
ada di antara segelintir pelajar berani
membuat perjanjian perjumpaan dengan
guru di luar sekolah atau lebih popular dengan panggilan ‘mengintai’
tidak mengira sama ada guru tersebut tua, muda, lelaki atau perempuan. Adakah kerana teguran akibat tidak membawa
buku, tidak menghantar kerja rumah, melarang bercakap sewaktu proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi kesalahan yang besar kepada pelajar. Saya ingin mengimbas kembali kenangan semasa
tahun 80-an ketika saya masih bersekolah di sekolah rendah. Betapa garangnya guru tika itu. Dirotan, berdiri di bawah terik matahari,
berlari turun naik tangga, pusing keliling padang. Pelajar pada ketika itu tidak mengeluh,
malahan mereka berasa bersyukur kerana perkara
tersebut dapat menyedarkan mereka akan kesilapan yang dibuat. Malah ramai yang berjaya atas didikan guru
pada waktu itu. Sikap hormat kepada guru pada waktu itu tidak terhingga. Jauh berbeza dengan keadaan masa kini. Mengapakah agaknya perbezaan ini begitu jauh? Mungkin adakah dalam kalangan kita mengatakan
bahawa zaman ini merupakan zaman atom? Terpulanglah kepada anda untuk menilai
keadaan ini?
Mesra Hm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan