Kelakuan hiperaktif selalu mendapat perhatian serta
merunsingkan ibu bapa apabila kanak-kanak itu berusia dua atau tiga tahun. Dari penyelidikan yang telah dijalankan,
didapati ramai kanak-kanak yang mengalami sindrom hiperaktif ini akan meninggalkan
kesan kurang yakin kepada diri sendiri.
Selain itu sifat mudah gentar dan resah mungkin ada pada diri mereka.
Berikut ialah kelakuan yang boleh dikenal pasti mengenai
dengan hiperaktif:
- Kekurangan tumpuan perhatian. Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan kepada perbuatan yang lain. Mereka seolah-olah tidak mendengar apabila orang lain cuba bercakap dengannya. Dia selalu tidak menghabiskan apa-apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak-kanak lain.
- Mengikut dorongan hati. Ibu bapa dan guru-guru sukar mengawal perbuatannya kerana dia tidak mengikut arahan yang diberikan.
- Berkelakuan terlalu aktif. Kanak-kanak hiperaktif tidak boleh berdiam diri. Mereka suka berlari-lari, melompat-lompat dan memanjat-manjat perabot.
Kanak-kanak hiperaktif ini dikenal pasti melalui pemeriksaan
pediatrik dan psikologi. Ibu bapa perlu
mendapat penerangan yang jelas tentang hiperaktif ini. Ada beberapa strategi rawatan yang boleh
digunakan. Rawatan perlu dimulakan
seawal-awal yang boleh. Walau bagaimanapun,
kelakuan ini biasanya berkurangan apabila mereka dewasa.
Diubah suai dari:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan