Isnin, 1 Oktober 2012

Aktiviti Bahasa: Bahasa Merentas Kurikulum


Cikgu Ali Amat bin Omar Ali (Pensyarah UBD) sebagai pengendali kursus

Pada 26 September, 2012 yang telah lalu, mahasiswa dan mahasiswi program Sarjana Pendidikan dalam Bahasa Melayu (SARPEN BAYU) sesi 2011/2012 telah diberikan Bengkel Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan Bahasa.  Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Cikgu Ali Amat bin Omar Ali, salah seorang pensyarah di Fakulti Pendidikan Bahasa, Institut Pendidikan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Universiti Brunei Darussalam.

Melalui bengkel tersebut, ahli-ahli SARPEN BAYU telah diberi satu cabaran iaitu membina selungsung telur dari beberapa bahan seperti penyedut minuman, tisu dapur, bekas botol minuman, dulang telur dan telur bersaiz AA yang belum masak.  Cabaran ini menghendaki  peserta bengkel untuk berfikir secara kreatif dan berinovasi dalam mencipta selungsung telur ini agar dapat menampung telur tersebut agar tidak pecah ketika dicampak dari tempat yang tinggi.

Selain diberi tugasan ini, peserta bengkel juga diarahkan untuk membentangkan apa yang telah mereka usahakan.  Penggunaan bahasa juga diambil kira dalam pembentangan ini.  Kebanyakan pembentang mengaitkan pengetahuan ilmu fizik mereka dalam penciptaan selungsung ini.  Di sinilah bahasa merentas kurikulum memainkan peranan.

Saya sebagai salah seorang peserta bengkel merasakan bahawa cabaran yang diberikan sungguh menguji kemahiran berfikir.   Cabaran ini juga melatih kami untuk lebih kreatif dan berinovasi dengan benda-benda yang  ada di sekeliling kita, di samping dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Saya (di sebelah kiri) bersama salah seorang rakan (Cikgu Mimi) ketika pembentangan

Cikgu Ros Linawati (berbaju merah) bersama kumpulannya (Cikgu Hajah Rashidah dan Cikgu Masmuliani) ketika membentangkan 'Pembungkus Pelindung Telur Gengster'

Cikgu Husaini bersama kumpulannya juga membentangkan selungsung telur hasil ciptaan mereka 

Cikgu Mesra (sebelah kanan) bergambar bersama dengan ahli kumpulannya (Cikgu Yusri dan Cikgu Hajah Milakarmilah)

Disediakan Oleh:
Cikgu Masnordina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan