Jumaat, 21 September 2012

Oh rupanya/Info Ilmu: Bagaimana Menundukkan Sungai Nil?




Pada zaman Jahiliyah, Sungai Nil tidak mengalir sehingga menyebabkan tumbal dilemparkan setiap tahun.  Tumbal dijadikan korban hendaklah seorang perawan. Sehinggalah kedatangan Islam, Sungai Nil yang sepatutnya mengalir ternyata tidak mengalir.  Akhirnya penduduk Mesir mendatangan Amr bin Ash dan memberitahu akan keadaan Sungai Nil yang semakin kering.  Kisah mengenai Tumbal dengan melempar seorang perawan juga diceritakan.  Amr bin Ash lalu mengarahkan penduduk Mesir supaya menghapus tradisi Tumbal kerana hal sedemikian bercanggah dalam agama Islam.  Selama tiga bulan lamanya Sungai Nil tetap tidak mengalir sehingga mereka benar-benar menderita.  Melihat keadaan penduduk Mesir tersebut, Amr bin Ash menulis surat kepada Khalifah Umar bin Khattab dan menceritakan peristiwa tersebut.


Isi surat jawapan dari Khalifah Umar bin Khattab:
Engkau benar bahawa Islam telah menghapus tradisi tersebut.  Aku mengirim secarik kertas untukmu, lemparkanlah kertas itu ke Sungai Nil.  Jika kamu mengalir kerana dirimu sendiri, maka janganlah mengalir.  Namun, jika Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa yang mengalirkanmu, maka kami mohon kepada Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa untuk membuatmu mengalir.”


Kemudian Amr melempar kertas tersebut ke Sungai Nil sebelum kekeringan benar-benar terjadi.  Keesokan harinya, Allah telah mengalirkan Sungai Nil enam belas hasta dalam satu malam.  Penduduk Mesir yang telah bersiap-siap untuk meninggalkan kota tersebut membatalkan niat untuk berpindah.

Diubahsuai dari:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan