Jumaat, 14 September 2012

Berfikir Sejenak: Mengapakah 'Anjing' dan 'Kucing'?



Saya pasti anda pernah mendengar peribahasa yang berbunyi  ‘Seperti Anjing dengan Kucing’.   Peribahasa ini menggambarkan dua orang yang saling bermusuhan dan tidak dapat didamaikan.  Pada pendapat anda, mengapakah agaknya ‘anjing’ dan ‘kucing’ sering diumpamakan sebagai dua orang manusia yang saling bermusuhan?  Mengapakah ‘anjing’ dan ‘kucing’ yang dipilih sebagai subjek dalam peribahasa ini dan bukannya binatang lain?  Apakah yang terjadi kepada ‘anjing’ dan ‘kucing’ agaknya?  Padahal  ironinya anjing dan kucing pada masa ini tidak lagi bermusuh-musuhan seperti yang dapat anda lihat pada gambar berikut:



Bagaimana persepsi anda?

Sekian.

Disediakan Oleh:
Cikgu Ros Linawati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan