Melalui segmen ‘Analisis Kesalahan Bahasa’ kali ini, saya akan
mengemukakan fungsi dan contoh penggunaan Kata Hubung Gabungan dalam ayat.
Apakah yang dikatakan sebagai Kata Hubung Gabungan?
Kata Hubung Gabungan ialah bentuk kata yang menghubungkan dua
klausa atau lebih yang setara sifatnya.
Perhatikan jadual penggunaan kata hubung gabungan seperti yang
berikut:
Kata Hubung
|
Fungsinya
|
Contoh
Penggunaan Dalam Ayat
|
DAN
|
Untuk
menambah subjek dan predikat dalam sesuatu ayat.
|
Rose
dan Mesra akan melanjutkan pelajaran mereka di sebuah universiti tempatan
pada bulan Julai nanti.
|
ATAU
|
Menunjukkan
pilihan.
|
Pada
hari Ahad atau kelepasan awam, dia jarang duduk di rumah.
|
KECUALI
|
Menunjukkan
kekecualian.
|
Semua
pelajar di kelas itu dapat membaca dengan baik kecuali Mahmud.
|
LALU
|
Menggabungkan
dua perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut.
|
Dia
masuk ke dewan lalu duduk di barisan hadapan sekali.
|
TETAPI
|
Menggabungkan
dua ayat yang menunjukkan makna yang berlawanan.
|
Dk. Sebah ingin melanjutkan pelajarannya tetapi ayahnya tidak mampu untuk membiayai kos
pengajiannya.
|
SAMBIL
|
Menunjukkan
sesuatu perbuatan yang dilakukan serentak atau pada masa yang sama.
|
Salmah
menyanyi sambil menari ketika berada di atas pentas.
|
SERTA
|
Menyatakan
maksud turut atau bersama-sama.
|
Herman,
Iwan serta beberapa orang kawannya akan berkelah di Pantai Seri Kenangan pada
hari minggu ini.
|
UJI DIRI
Isi tempat kosong dengan kata hubung gabungan yang bersesuaian.
- Hidayah akan ditinggalkan di rumah neneknya pada setiap hari ________hari Ahad dan cuti umum.
- Fatimah rajin _______ gigih berusaha untuk mencapai cita-citanya.
- Emak membeli ikan, sayur-sayuran ________ buah-buahan di pasar tani itu.
- Kereta itu cantik ______ mahal harganya.
- Emak mengumpulkan daun-daun kering itu _______ membakarnya.
- Cikgu Husaini menulis sesuatu di papan hitam ________ menerangkannya kepada pelajar-pelajar di dalam kelas.
- Masnordina masih belum membuat keputusan _______________ hendak meletakkan jawatan atau terus berkhidmat di syarikat itu.
Diubahsuai
dan disesuaikan dari: Nota Komprehensif SPM Bahasa Melayu (Menengah 4 & 5).
Sila
hantarkan jawapan anda melalui emel rosainora@gmail.com.
Disediakan
oleh:
Cikgu
Ros Linawati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan