Khamis, 13 September 2012

Aktiviti Bahasa: Aktiviti Minggu Bahasa


Minggu Bahasa merupakan salah satu contoh  aktiviti bahasa.    Aktiviti ini pernah dikendalikan oleh Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait pada 2hb. Mei, 2011.



Antara objektif Minggu Bahasa ini dikendalikan adalah untuk:

a)  Mewujudkan semangat dan mencintai bahasa sendiri
b)  Memberi peluang kepada pelajar secara tidak langsung tentang keperihalan Bahasa Melayu
c)  Meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu yang semakin pudar
d) Mendedahkan pelajar mengenai aktiviti-aktiviti Bahasa Melayu
e) Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan pelajar-pelajar dan guru.



Salah seorang guru cuba untuk menjawab soalan yang disediakan oleh pelajar-pelajar

Salah satu ‘booth’ yang menarik minat pelajar
 





Tetamu-tetamu kehormat juga diberikan peluang untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan  Bahasa.  Tidak ketinggalan pengetua sekolah iaitu cikgu Annie Sindai.


Berfikir menjawab soalan yang diajukan, apa yang menariknya apabila beliau dapat menjawab  soalan tersebut.  Inilah uniknya Bahasa Melayu yang boleh dipelajari oleh setiap bangsa.
 

Setelah aktiviti ini diadakan ia memberikan maklum balas yang positif kepada pelajar-pelajar sekolah.  Secara tidak langsung aktiviti ini disalurkan lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas iaitu dengan memberikan kuiz kepada pelajar-pelajar.  Guru-guru menggunakan inisiatif sendiri sama ada menyediakan hadiah-hadiah, markah atau untuk membangkitkan lagi suasana kemeriahan dalam kelas.

Implikasi Minggu Bahasa
Secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi kemahiran mengajar guru.  Guru juga berinovasi dan lebih kreatif.  Pelajar juga tampil lebih berani dan berkeyakinan serta aktif dalam pembelajaran mereka dan selain itu sifat-sifat social dan positif seperti bekerjasama dapat dipupuk.

Disediakan oleh;
Mesra Hm.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan