- Sudahkah pelajar sekalian bersedia menghadapi peperiksaan?
- Bagaimana cara terbaik dan cara terhebat menghadapi peperiksaan?
- Di sini disertakan sedikit sebanyak tips membantu pelajar pelajar dalam persediaan menghadapi peperiksaan terutama seminggu sebelum peperiksaan.
ULANG KAJI PANTAS
- Sebaiknya membuat nota ringkas dan nota formula berkait.
- Mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan.
MENGAJAR ORANG LAIN
- Jangan kedekut untuk mengajar rakan lain terutamanya tentang apa yang kita ketahui.
- Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain.
- Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain.
- Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.
SEMAK JADUAL
- Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting.
- Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu.
BERSEDIA DENGAN KEPERLUAN PEPERIKSAAN
- Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa.
- Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.
JAUHI DARI BERCINTA
- Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan.
- Kajian tersebut juga mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir.
- Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta.
- Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang sehinggakan emosi tersebut mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat lupa dan berkhayal menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan nanti.
MOHON MAAF
- Jika peperiksaan semakin hamper cubalah menjadi orang yang baik, selalu memohon maaf, berbuat baik dan memohon restu dari ibu bapa serta guru.
- Hal ini penting kerana perbuatan ini mungkin akan dibalas baik apabila kalian sedang menghadapi peperiksaan nanti.
- Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.
JANGAN TERLALU KETAWA DAN BERSERONOK
- Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok.
- Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu.
- Tetapi jika senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan
JAGA PERMAKANAN
- Makanan juga penting kerana mungkin kalian tidak rela ulang alik ke tandas semasa peperiksaan dan sudah tentu ia menggangu konsentrasi ketika menghadapi peperiksaan.
- Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis kerana ia boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang.
BERDOA
- Akhir sekali dan yang terpenting ialah berdoa kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta.
- Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.
Dipetik
dan diubahsuai dari :
Tips Bijak Menghadapi Peperiksaan http://www.xpresi.org/tips-bijak-menghadapi-peperiksaan/
Tips Bijak Menghadapi Peperiksaan http://www.xpresi.org/tips-bijak-menghadapi-peperiksaan/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan