"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan
yang baik untuk bertindak." Dipetik dari: http://www.usim.edu.my/qusim/index.php?option=com_content&view=article&id=42&Itemid=44
Mengapa kita perlu BERFIKIR SEJENAK
dan MERENUNG MASA LALU?
Ini kerana dengan BERFIKIR SEJENAK,
kita akan BERTINDAK menggunakan AKAL dan BUKAN menggunakan EMOSI. Apabila kita bertindak menggunakan akal,
segala tindakan yang dilakukan tidak bersifat keterlaluan atau di luar batas
ketatasusilaan, adat, budaya dan agama kita.
Begitu juga jika kita MERENUNG MASA
LALU, kita akan PERTIMBANGKAN SEGALA
TINDAKAN atau PERBUATAN kita pada MASA KINI sama ada baik atau buruk untuk
dijadikan sebagai ikhtibar atau pengajaran.
MASA LALU merupakan PENGALAMAN yang PALING BERHARGA yang boleh membantu
kita agar dapat BERTINDAK dengan lebih BERHATI-HATI dan berasaskan FIKIRAN YANG
WARAS serta RASIONAL.
Oleh itu, BERFIKIRLAH walaupun SEJENAK, dan RENUNGLAH
MASA LALU sebelum sesuatu TINDAKAN dibuat.
Ini kerana dengan BERFIKIR SEJENAK dan MERENUNG MASA LALU, Insya Allah
segala TINDAKAN yang akan kita lakukan dapat memberi FAEDAH bukan sahaja kepada
DIRI SENDIRI, malahan juga kepada ORANG-ORANG LAIN yang ada di sekeliling kita.
Sekian.
Keterangan Seindah Bahasa Disediakan Oleh:
Cikgu Ros Linawati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan