Melalui segmen 'Tunjuk Ajarku Guru' pada kali ini, saya akan memberikan tips yang berguna kepada pelajar tentang teknik menulis perenggan isi.
PERENGGAN ISI
a) Binaan
perenggan isi adalah seperti berikut:
1. Isi
Penting
2. Huraian (Isi-isi sampingan dan contoh).
b) Untuk memperlihatkan perkaitan antara
satu perenggan isi dengan perenggan yang lain, gunakanlah penanda wacana
seperti namun demikian, walau bagaimanapun, tambahan pula dan sebagainya.
c) Pelajar perlu menyediakan rangka karangan sebagai panduan untuk menulis setiap perenggan isi
dengan baik sebelum memulakan penulisan.
Bentuk rangka karangan yang disediakan adalah bebas mengikut kreativiti
pelajar.
d) Rangka karangan (yang berupa peta minda)
ini mengandungi jawapan-jawapan ringkas kepada persoalan-persoalan seperti
“Apa?”, “Siapa?”, “Di Mana?”, “Mengapa?” dan “Bagaimana?”
Contoh Rangka Karangan : Isi Penting
1
Contoh Perenggan Isi:
Kurangnya perhatian atau kasih sayang daripada ibu
bapa merupakan salah satu penyebab utama berlakunya masalah remaja lari dari
rumah. Hal ini berlaku kerana kebanyakan
ibu bapa kini sibuk dengan urusan di tempat kerja. Ada di antara mereka yang balik lewat malam
sehingga tidak punya masa untuk bersama dengan anak-anak. Segala urusan anak-anak diserahkan kepada
pembantu rumah atau kepada orang tua mereka.
Akibatnya, anak-anak berasa bosan duduk di rumah dan mengambil jalan
penyelesaian dengan mencari hiburan di luar rumah. Salah satu caranya ialah dengan lari dari
rumah.
Sekian, dikongsikan.
Oleh:
Cikgu Ros Linawati
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan