Rabu, 30 Januari 2013

Tunjuk Ajarku guru: Perenggan Penutup?



PERENGGAN PENUTUP
Binaan perenggan penutup adalah seperti berikut:
1.                  Rumusan/Kesimpulan 
2.                  Cadangan/Harapan 
3.                  Pendirian penulis

Contoh Perenggan Penutup:
Masalah remaja lari dari rumah merupakan masalah yang serius dan perlu ditangani dengan sebaik-baiknya.  Pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi menangani masalah ini khususnya ibu bapa dengan cara memberikan kasih sayang dan meluangkan masa bersama anak masing-masing, memberi didikan agama dan sebagainya.  Dengannya adanya langkah-langkah ini, gejala sosial lain yang tidak diingini akan dapat dielakkan.       

Disediakan Oleh:
Cikgu Ros Linawati

Selasa, 29 Januari 2013

Tunjuk Ajarku Guru: Menulis Perenggan Isi?



Melalui segmen 'Tunjuk Ajarku Guru' pada kali ini, saya akan memberikan tips yang berguna kepada pelajar tentang teknik menulis perenggan isi.

PERENGGAN ISI 
a)     Binaan perenggan isi adalah seperti berikut:

1.         Isi Penting

2.         Huraian  (Isi-isi sampingan dan contoh).



b)  Untuk memperlihatkan perkaitan antara satu perenggan isi dengan perenggan yang lain, gunakanlah penanda wacana seperti namun demikian, walau bagaimanapun, tambahan pula dan sebagainya.



c)    Pelajar perlu menyediakan rangka karangan sebagai panduan untuk menulis setiap perenggan isi dengan baik sebelum memulakan penulisan.  Bentuk rangka karangan yang disediakan adalah bebas mengikut kreativiti pelajar. 



d)   Rangka karangan (yang berupa peta minda) ini mengandungi jawapan-jawapan ringkas kepada persoalan-persoalan seperti “Apa?”, “Siapa?”, “Di Mana?”, “Mengapa?” dan “Bagaimana?”





Contoh Rangka Karangan : Isi Penting 1

Kurangnya perhatian/kasih sayang ibu bapa

Apa? (Maksud)
Ibu bapa tidak mempedulikan

Mengapa? (Punca)
·          Sibuk dengan urusan kerja
·          Tidak ada masa bersama anak-anak

Apa? (Kesan)?
·          Anak ditinggalkan dengan orang gaji
·          Anak bosan

Apa? (Langkah)?
·          Mencari hiburan di luar rumah


 
Contoh Perenggan Isi:
Kurangnya perhatian atau kasih sayang daripada ibu bapa merupakan salah satu penyebab utama berlakunya masalah remaja lari dari rumah.  Hal ini berlaku kerana kebanyakan ibu bapa kini sibuk dengan urusan di tempat kerja.  Ada di antara mereka yang balik lewat malam sehingga tidak punya masa untuk bersama dengan anak-anak.  Segala urusan anak-anak diserahkan kepada pembantu rumah atau kepada orang tua mereka.  Akibatnya, anak-anak berasa bosan duduk di rumah dan mengambil jalan penyelesaian dengan mencari hiburan di luar rumah.  Salah satu caranya ialah dengan lari dari rumah.

Sekian, dikongsikan.

Oleh:
Cikgu Ros Linawati 


Ahad, 27 Januari 2013

Santai Ilmu: Mencari Perkataan Tersembunyi


  • Baca dengan teliti permainan kata tersembunyi dalam kumpulan  huruf dengan cara menggaris.

 
T
N
A
K
R
A
D
E
Y
N
E
M
M
M
T
E
R
V
O
S
W
G
M
E
B
E
R
L
A
K
U
S
O
S
T
N
E
M
N
L
A
M
K
U
R
A
N
G
R
A
A
G
B
A
B
I
T
M
S
U
D
N
B
D
A
T
A
O
A
U
K
R
I
D
C
M
C
W
L
P
O
T
O
A
R
U
Z
E
A
B
A
Z
O
O
T
N
I
J
X
B
U
I
G
L
A
K
U
G
L
K
M
U
K
K
A
S
U
T
I
K
S
E
Q
A
L
O
C
E
D
E
R
A
M
E
N
Y
A
M
P
A
I
K
A
N



1.         BERDIRI
2.         BERLAKU
3.         CEDERA
4.         BABIT
5.         LAKU
6.         KURANG
7.         MENYAMPAIKAN
8.         MEMBAWA
9.         MENGURANGKAN
10.      MENYEDARKAN
11.      MEMANDU
12.      MENGAWAL

  • Secara kumpulan, buat petak membuat permainan perkataan tersembunyi seperti di atas mengikut tajuk berikut. Minta kumpulan lain menyelesaikan permainan yang kamu bina.


a.      Permainan

b.      Jenis kenderaan

c.      Kediaman

d.      Tumbuh-tumbuhan

Disediakan Oleh:
Cikgu Mesra Hm.