Jumaat, 7 September 2012

Info Ilmu/Segmen Ibu Bapa: Penggunaan Huruf 'E'


Bertemu lagi di segmen ibu bapa…Pertemuan kali ini membincangkan serba sedikit tentang “Tiga Bunyi  Huruf ‘e’.”
Bunyi e pertama : seperti dalam perkataan /ekor/, /enak/, /esok/

Bunyi e kedua,  pada zaman dahulu dikenali sebagai e bertanda (ĕ) bagi melambangkan bunyi /ə/ :  seperti dalam perkataan /emak/, /emas/, /empat/

Bunyi e ketiga : Dengan kepesatan teknologi maklumat komunikasi membawa bersama-samanya beberapa perkataan baharu. Antara perkataan itu termasuklah elektronik. Hanya huruf e digunakan apabila perkataan ini digabungkan dengan perkataan lain.  Maka muncullah perkataan seperti e-mel, e-dagang, e-buku, e-dokumen dan e-penerbitan.

Sebutan huruf e bagi perkataan-perkataan ini bukanlah bunyi /e/ atau /ə/.

Yang kita sebut ialah nama huruf itu. Sebutan nama huruf itu ialah /i/. Sebutan ini satu bunyi juga. Jadi, kini huruf e melambangkan tiga bunyi.

Perkembangan ini menarik. Namun, dengan berdasarkan ilmu bunyi bahasa, satu huruf sebaik-baiknya melambangkan satu bunyi.


Disediakan : Masnor_8168



Tiada ulasan:

Catat Ulasan