Kisah nyata dan benar. Seorang guru telah
menegur salah seorang pelajar yang sedang bermain dengan benda tajam (“Cutter”)
sewaktu pelajar membuat perbincangan mengikut kumpulan. Sehinggalah kali
ketiga pelajar tersebut ditegur….tiba-tiba dia naik berang. Guru
tergamam. Salahkah menegur untuk keselamatannya?. Pelajar yang
lain sibuk menyuruh pelajar tersebut berhenti dari amukannya, memikirkan guru
tersebut berbadan dua.Oleh kerana tidak tahan melihat sikap pelajar
tersebut, guru mengambil “cutter” dan berkata “Sila keluar dari kelas ini jika
tidak berminat untuk belajar”. Keesokannya dia datang
ke bilik rehat guru dan meminta maaf atas perbuatannya.
Segala teguran dan nasihat daripada guru adalah demi
kebaikan dan masa depan pelajar.
Mesra Hm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan