Melalui segmen 'Oh rupanya' kali ini, saya akan mengemukakan satu info berkaitan dengan sebuah tasik yang dikenali dengan nama Tasik Retba. Tasik ini terletak di Senegal, Afrika Barat. Ia bukan sahaja kelihatan pelik, malahan juga mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Air tasiknya mempunyai warna merah jambu. Mengapa hal ini berlaku? Menurut laporan, ia disebabkan oleh kandungan larutan garam yang tinggi. Data menunjukkan bahawa tahap kemasinan di sesetengah kawasan adalah
setinggi 40%. Aktiviti perlombongan garam tempatan adalah sumber
pendapatan yang penting di situ dan dianggap sebagai faktor kepada berlakunya proses perubahan air tasik berkenaan.
Ahli mikrobiologi berpendapat bahawa warna air Tasik Retba disebabkan
oleh bakteria halophile ‘Dunaliella salina’.
Persoalannya sekarang, pernahkah anda menemui air tasik yang mempunyai warna yang sama dengan warna air tasik yang kita nampak pada gambar di atas?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan