KONSEP
RINGKASAN
Ringkasan ialah satu proses menukarkan sebuah petikan yang panjang
menjadi petikan pendek (mengikut kehendak soalan) TANPA MENGUBAH MAKSUD ASAL ATAU KEDUDUKAN ISI-ISI.
LANGKAH-LANGKAH
MERINGKASKAN PETIKAN
Proses meringkaskan sesebuah bahan bacaan memerlukan pelbagai
kemahiran. Antaranya ialah:
Langkah
1:
Membaca Keseluruhan Teks Untuk Memahami Persoalan Teks
Baca teks yang diberi sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami
persoalan teks.
Langkah
2:
Mengenal Pasti Subjek Dan Predikat Ayat Biasa Perenggan Demi
Perenggan
Kenal pasti subjek dan predikat bagi ayat-ayat biasa yang terdapat
pada setiap perenggan.
Contoh
Soalan:
Biasanya mereka
yang sering mengabaikan masa dengan melakukan hal-hal yang tidak berfaedah akan
mengalami kehidupan yang tidak berubah ke arah yang terbaik.
Contoh
Jawapan:
Subjek: Mereka
yang sering mengabaikan masa dengan melakukan hal-hal yang tidak berfaedah
Predikat : akan mengalami kehidupan yang tidak berubah
ke arah yang terbaik
Bagi ayat-ayat songsang, pastikan ayat-ayat tersebut
dinyahsongsangkan terlebih dahulu sebelum anda dapat mengenal pasti subjek dan
predikatnya.
Contoh
Soalan
Tempoh masa yang
diberikan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada setiap orang adalah 24 jam sehari
semalam.
Contoh
Jawapan:
Apabila
dinyahsonsangkan à Setiap orang diberikan tempoh masa oleh Allah
Subhanahu Wataala selama 24 jam sehari semalam.
Subjek : Setiap
orang
Predikat : diberikan
tempoh masa oleh Allah Subhanahu Wataala selama 24 jam sehari semalam.
Langkah
3:
KAEDAH MERINGKASKAN AYAT
Menggugurkan Frasa Keterangan Sama Ada Pada Subjek Atau Predikat
Sesuatu Ayat
Apabila meringkaskan sesuatu frasa atau ayat (yang sudah dikenal
pasti subjek atau predikatnya) , “maksud
dasar” atau “maksud asal” sesuatu frasa atau ayat mesti dikekalkan, manakala, frasa
keterangannya hendaklah digugurkan.
Contoh
Subjek:
Subjek : Mereka
yang sering mengabaikan masa dengan melakukan hal-hal yang tidak berfaedah
Ringkasannya:
Mereka yang sering mengabaikan masa
Gugurkan Perkataan-Perkataan Yang Tidak Penting Dan Gantikan Ia
Dengan Perkataan Yang Pendek dan Lebih Bersesuaian (Hiponim).
Contoh
Predikat:
Predikat : akan mengalami kehidupan yang
tidak berubah ke arah yang terbaik
Ringkasan:
hidupnya tidak maju
Hanya kutip isi atau idea utama. Manakala, huraian dan contoh hendaklah
digugurkan.
CONTOH 1
Masyarakat kota biasanya amat sibuk. Ada antara mereka yang keluar bekerja pada
sebelah pagi dan hanya pulang pada sebelah malam.
JAWAPAN 1
Masyarakat kota biasanya amat
sibuk.
Atau
Masyarakat kota biasanya amat
sibuk dengan pekerjaan.
CONTOH 2
Masyarakat Brunei dikatakan kurang membaca bahan-bahan
ilmiah. Mereka tidak suka membaca
bahan-bahan berbentuk laporan, berita atau penyata. Mereka lebih berminat membaca bahan bacaan
berbentuk hiburan. Antara bahan yang
diminati ialah komik, majalah filem, cerita-cerita seram, dan sebarang makalah
sensasi yang memenuhi pasaran.
JAWAPAN 2
Masyarakat Brunei dikatakan kurang
membaca bahan-bahan ilmiah dan lebih meminati bahan bacaan hiburan.
Langkah
4:
Semua isi penting dalam petikan yang diberikan harus dikutip.
Langkah
5 :
Jangan ubah kedudukan isi.
Susunan asal perlu dikekalkan.
Anda tidak perlu menganalisis dan mengelompokkan jenis isi yang sama dan
sebagainya.
Langkah
6:
Bina ayat sendiri. Jangan
tiru ayat-ayat yang diberikan dalam petikan itu bulat-bulat. Kenal pasti idea yang penting dan seterusnya
cuba bina ayat sendiri. Elakkan daripada
menggunakan bahasa yang bombastik. Untuk
memastikan setiap isi berurutan, gunakan penanda wacana, seperti “selain itu”,
“selanjutnya”, dan”walau bagaimanapun”.
Langkah
7:
Tepati ketetapan bilangan perkataan. Ringkasan bertujuan untuk melihat keupayaan
seseorang pelajar boleh menulis semula idea-idea penting yang terdapat dalam
sesebuah petikan dalam bentuk yang lebih ringkas. Oleh itu, pastikan bilangan perkataan hasil
ringkasan anda tidak melebihi arahan dalam kertas soalan.
Langkah
8:
Ringkasan hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Latihan:
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian ringkaskan hingga menjadi kira-kira 100 patah perkataan sahaja. Penggunaan kata-kata kamu sendiri dalam
susunan maksudnya yang asal akan diberi perhatian utama dalam pemarkahan. [40 markah]
Pelancongan
adalah salah satu industri yang mengeluarkan perbelanjaan yang besar dan
mempunyai hasil pulangan yang menguntungkan kepada sesebuah negara. Beberapa perkara juga perlu diambil kira bagi
memastikan bidang tersebut berjalan dengan baik, antaranya ialah hal-hal yang
berkaitan dengan keselamatan, kebersihan, dan kemudahan yang disediakan di
tempat berkenaan.
Aspek
keselamatan merupakan perkara yang diberi keutamaan. Para pelancong yang berkunjung ke sesebuah
negara adalah untuk mencari keseronokan dan hiburan, ketenangan dan kedamaian,
jauh dari gangguan. Tempat-tempat itu
terkawal daripada kegiatan yang kurang sihat seperti kecurian barang, ancaman
dan bunyi bising. Pelancong juga gemar
berkunjung ke tempat-tempat yang tidak terdapat di negara mereka, seperti
kawasan hutan libur, tempat pergunungan yang kaya dengan flora dan fauna,
melihat cara hidup penduduk yang berlainan etnik serta budaya.
Selain
itu, aspek kebersihan juga hendaklah diberi perhatian oleh semua orang. Bandar yang bersih dan kawasan pantai yang
memutih akan selalu dikunjungi oleh orang ramai. Bagaimana pula jika sampah sarap seperti
bekas makanan, kotak dan bahan-bahan plastik bersepah di sana sini? Tentulah imej sesebuah negara itu akan
tercemar dan segala kemudahan seperti pantai dan tasik yang dianugerahkan oleh
Allah tidak dapat dimanfaatkan dengan baik.
Bagi
menggalakkan bidang pelancongan pula, sesebuah negara itu hendaklah menyediakan
kemudahan penginapan, seperti chalet, taman permainan, kolam memancing ikan,
taman flora yang beraneka jenis, tempat pembuangan sampah dan tandas awam yang
bersih. Apa yang lebih penting lagi
ialah penduduk tempatan hendaklah menunjukkan budi bahasa dan sopan santun yang
baik kepada pelancong luar negeri.
Kejayaan
sebuah industri pelancongan itu bukan sahaja terletak di bahu kerajaan, tetapi
juga dimainkan oleh masyarakat itu sendiri, terutamanya dalam memelihara
keselamatan dan kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan. Orang ramai juga hendaklah bersikap
pemedulian dan mudah didekati pelancong yang ingin bertanyakan sesuatu kepada
mereka. Manakala, pemandu pelancong pula
perlu melengkapkan diri dengan ilmu, pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi
sebagai salah satu daya tarik kepada pelancong yang hendak datang ke negara
mereka.
(Disesuaikan
dari artikel yang bertajuk “Pelancongan”, hasil tulisan Ali Termizzi Hr,
Majalah Juara Pelajar, Keluaran Mei-
Jun, 2007, Bilangan 74, Tahun 13)
Disesuaikan dan disediakan Oleh:
Cikgu Ros Linawati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan