Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bertemu kita lagi dalam ruangan Khazanah,
Tips dan Panduan. Pada kali ini saya
kongsikan satu maklumat berkenaan binaan perenggan.
Binaan perenggan ialah unsur yang sangat
penting dalam aspek penulisan karangan. Selain penting dalam aspek penulisan, binaan
perenggan yang dinyatakan ini juga boleh dijadikan panduan dalam merangka
hujah-hujah dalam aktiviti bahasa, seperti aktiviti lisan, perbualan, aktitivi
perbahasan dan sebagainya. Diharap perkongsian
ini bermanfaat kepada pembaca semua, khasnya buat panduan guru dan pelajar.
1. Binaan
Perenggan Pengenalan
Perenggan pengenalan biasanya dibina berdasarkan tugas-tugasnya sebagai:
1. Penyataan Umum
2. Ayat Huraian
3. Ayat Rangsangan
4. Ayat Pandu/Arah
Contoh binaan perenggan pengenalan bagi tajuk karangan ‘Amalan
berjimat cermat’:
Ayat Penyataan:
-
Penegasan
-
alasan
|
Amalan berjimat cermat ialah amalan
yang mulia dan perlu ditanamkan dalam diri setiap warga masyarakat.
Kebaikan amal ini sudah diakui dan
sering dijadikan topik perbincangan kerana masih ramai yang mengabaikannya.
|
Ayat huraian:
-
jenis perbandingan
-
ibarat
-
faedah
|
Orang yang tidak mengamalkan sikap berjimat cermat atau orang yang
suka membazir ialah orang yang rugi.
Bak kata peribahasa ‘sediakan paying sebelum hujan’, amalan berjimat
banyak faedahnya.
|
Ayat rangsangan:
- memujuk perasaan
- rasa ingin tahu
- bentuk penyoalan
|
Berdasarkan peribahasa ini, masyarakat perlu lebih sedar akan
kesan-kesan buruk amalan membazir.
Jadi, apakah perkara yang perlu kita jimatkan dalam kehidupan kita
seharian?
|
Ayat pandu/arah:
-
tujuannya untuk memandu pembaca tentang hala
tuju karangan
-
lima aspek ingin dibahasakan
|
Sememengnya terdapat lima perkara yang perlu kita jimatkan dalam
kehidupan yang serba moden ini iaitu masa, air, wang, elektrik dan makanan.
|
2. Binaan
Perenggan Isi
Perenggan isi digunakan untuk menyampaikan idea. Penyampaian idea tentang isi hendaklah jelas
supaya cepat diterima atau difahami oleh pembaca. Keberkesanan perenggan isi hanya berlaku jika
ayat-ayat yang digunakan saling menyokong dan berpusat pada idea utama yang
tertulis dalam bentuk ayat topik.
Perenggan isi hanya perlu mengandungi satu idea utama. Perenggan isi biasanya dibina berdasarkan
tugas-tugasnya sebagai:
1. Ayat Topik
2. Ayat Huraian
3. Ayat Contoh
4. Ayat Sokongan
5. Ayat Rumusan
Misalnya, salah satu idea atau isi utama bagi tajuk karangan ‘Amalan
berjimat cermat’ ialah masa.
Maka, faktor masa hendaklah dijadikan ayat topik bagi perenggan isi.
Contoh binaan perenggan isi untuk faktor masa:
Ayat topik
|
Masa sangat penting dalam kehidupan kita dan penggunaannya hendaklah
diurus dengan baik.
|
Ayat huraian
|
Orang yang tidak tahu mengurus masa akan berhadapan dengan pelbagai
masalah.
|
Ayat contoh
(dua atau tiga contoh boleh dinyatakan)
|
Misalnya kita sering mendengar kisah-kisah kegagalan pelajar yang suka
membuang masa tanpa mengulang kaji pelajaran sedangkan waktu peperiksaan
semakin dekat. (Satu contoh saja)
|
Ayat sokongan
|
Bahkan dalam agama Islam sendiri telah mengingatkan kita betapa ramai
dalam kalangan manusia yang sentiasa dalam kerugian kerana lalai dalam aspek
pengurusan masa. (Menyokong contoh
di atas)
|
Ayat rumusan
|
Jadi, untuk memperolehi kejayaan dalam hidup pengurusan masa adalah
sangat mustahak.
|
3. Binaan Perenggan
Penutup
Untuk meninggalkan kesan tertentu kepada pembaca, perenggan penutup
dibina menggunakan strategi yang mengandungi beberapa ayat yang berfungsi
sebagai:
Ringkasan,
Rumusan,
Keputusan,
Penegasan,
Imbasan,
Bandingan,
Amaran,
Harapan,
Ramalan,
Kesan ,dan
Cadangan.
Perenggan penutup boleh dibina menggunakan satu atau beberapa fungsi
di atas sekali gus jika sesuai. Misalnya, bagi contoh karangan bertajuk
‘Amalan berjimat cermat’ boleh dibina seperti berikut:
|
Dalam konteks berjimat cermat kita mestilah menjimatkan penggunaan
masa, air, wang, elektirik dan makanan.
|
|
Kelima-lima aspek ini sangat mustahak dalam kehidupan kita.
|
|
Amalan berjimat cermat hendaklah dibudayakan dalam hidup,
khasnya kepada generasi baharu yang akan menjadi pelapis dan pemimpin akan
datang.
|
|
Kita perlu sedar bahawa orang yang suka membazir ialah orang
yang tidak tahu bersyukur dan menyusahkan banyak pihak.
|
|
Oleh itu, marilah sama-sama
kita menyahut seruan kerajaan agar amalan ini dijadikan sebagai amalan
sepanjang hayat.
|
Disediakan oleh:
Muhammad Husaini
Diubah suai daripada:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan