Pernah dengar ikan yang diberi nama ‘Piranha’? ‘Piranha’ merupakan sejenis ikan yang cukup
ditakuti kerana mempunyai gigi yang tajam setajam pisau cukup. Ikan jenis ini banyak mendiami kawasan sungai
di Amerika Selatan, seperti di Sungai Amazon, Brazil dan juga Venezuela. Di Venezuela, ikan ini dikenali dengan nama
‘Caribes’.
Ikan ini merupakan ikan air tawar yang cukup terkenal di dunia kerana
mempunyai tabiat makan yang RAKUS.
Sangat rakus terhadap makanan mentah seperti daging dan mampu menghabiskan
seekor lembu dewasa hanya dalam beberapa minit.
Saiznya dikatakan boleh mencapai 17 inci.
Para saintis menganggarkan bahawa terdapat hampir 30-60 spesies Piranha. Namun, spesies Red Bellied merupakan spesies
yang cukup dikenali yang dikatakan mendiami
Sungai Amazon dan Sungai di Venezuela.
Spesies ini diakui sangat rakus serta berselera tinggi terhadap haiwan yang
singgah dan minum atau bangkai haiwan atau haiwan yang terjatuh ke dalam sungai.
Ikan piranha juga merupakan antara spesis ikan air tawar paling ganas di dunia. Sewaktu makan, piranha sentiasa bergerak di dalam kumpulan besar, melebihi 20 ekor dan mereka akan berebut serta mengoyak daging mangsa. Oleh kerana gigitannya yang sangat tajam, orang asli di Amazon dan Venezuela menggunakan gigi ikan ini sebagai senjata dan ikan ini juga merupakan aset pelancongan bagi Brazil dan Venezuela. Walaupun ganas, piranha, biasanya menjadi makanan buaya Amazon dan juga bangau, terutama pada musim kemarau kerana ikan ini akan terperangkap dalam lumpur
Hakikatnya, masyarakat Amerika Selatan mengatakan bahawa isi ikan ini
sememangnya sedap.
Persoalannya, adakah anda berani berhadapan dengan ikan ‘Piranha’ yang
dikatakan sangat ganas ini? Bagaimanakah
ikan ‘Piranha’ ini ditangkap dan boleh dijadikan makanan manusia sedangkan ikan ini
dikatakan sangat ganas?
Disesuaikan dari:
Facebook Misteri dan Keajaiban Alam
Disediakan Oleh:
Cikgu Ros Linawati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan