Pada pertemuan kali ini saya ingin
mengongsikan maklumat mengenai ‘Penanda Wacana’. Apa dia Penanda Wacana? Penanda Wacana dikenali juga sebagai
perangkai ayat. Penanda wacana digunakan
untuk mewujudkan kesinambungan idea antara ayat dengan frasa dalam sesuatu
wacana.
Jadual di bawah menjelaskan jenis penanda
wacana yang berperanan sebagai penghubung.
Penanda wacana
|
Kegunaan
|
Contoh
|
Penghubung tambahan
|
Memberi maklumat tambahan kepada perkara sebelumnya
|
Dan, lalu, malahan, selanjutnya, tambahan pula,
apatah lagi, selain itu, di samping itu, lebih-lebih lagi, dsb.
|
Penghubung tentangan
|
Menunjukkan pertentangan maklumat antara sesuatu
yang baru diperkatakan dengan yang sebelumnya
|
Tetapi, sebaliknya, walau bagaimanapun, namun, namun
begitu, namun demikian, dsb.
|
Penghubung musabab
|
Menandakan sebab berlakunya sesuatu
|
Kerana, oleh sebab, oleh itu, dengan itu, oleh hal
demikian, maka itu, dsb.
|
Penghubung tempoh
|
Menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu
|
Pertama, akhirnya, maka, kemudian, selepas itu,
seterusnya, selanjutnya dsb.
|
Antara contoh penggunaan penanda wacana
dalam ayat :
Penanda wacana
|
Ayat contoh
|
Penghubung tambahan
|
Banjir kilat bukan sahaja menyebabkan kerugian harta
benda malahan menggangu urusan harian penduduk yang terlibat.
|
Penghubung tentangan
|
Tersesat sendirian di dalam hutan memang
menakutkan. Namun begitu,
haruskah aku menyerah begitu sahaja tanpa sebarang usaha?
|
Penghubung musabab
|
Telefon bimbit menggangu pembelajaran pelajar di
sekolah. Oleh sebab itu,
penggunaannya di sekolah telah diharamkan.
|
Penghubung tempoh
|
Mula-mula beliau menghadiri majlis kenduri yang
diadakan jirannya. Selepas itu,
barulah dia pergi ke majlis kenduri yang diadakan anaknya.
|
Diharap dengan pengongsian ringkas ini, para
pelajar dapat manfaat darinya dengan mengaplikasikan penanda wacana ini dalam
penulisan mereka, mahupun dalam komunikasi lisan mereka.
Dipetik dan diubahsuai dari : Tatabahasa
Bahasa Malaysia UPSR. 2011.Kuala Lumpur :Longman.
Dihasilkan oleh :
Cg.Masnor_8168
Tiada ulasan:
Catat Ulasan