Assalamualaikum
dan salam sejahtera,
Pada bulan
September ini saya berpeluang menjalankan kajian di Sekolah Menengah Pehin Datu
Seri Maharaja, Kampung Mentiri.
Alhamdulillah sejauh ini semuanya berjalan lancar dan kerjasama pihak
sekolah dan partisipasi pelajar sangat memuaskan.
Dalam pada
melaksanakan kajian, saya tertarik dengan satu ruangan di dalam salah sebuah
kelas Tahun 9 yang saya masuki. Sekeping
kertas biru dihiasi beberapa sampul surat berwarna hijau dan biru tertera di
bahagian dinding belakang. Setelah
memberikan kerja kepada pelajar, saya mendekati ruangan tersebut: ‘Positif Mails’ dan di dalam beberapa sampul
surat yang tertulis nama pelajar itu mengandungi kepingan nota kecil. Saya sekadar menyingkap beberapa mulut sampul
surat yang terbuka. Isi kandungan nota
tersebut tidaklah saya baca kerana saya tahu saya perlu ‘menghormati’ isi
kandungannya.
Sebelum sesi
pengajaran tamat, saya seperti biasa membuat rumusan isi pelajaran. Kebetulan pada hari itu saya menyelitkan
formula ‘Five wifes and one husband, 5W + 1H’ dalam pembelajaran pelajar. Akhirnya, setelah mengarahkan pelajar
menyatakan kembali maksud 5W + 1H, saya terus mengambil peluang yang ada dan
menjadikan ‘Positif Mails’ sebagai subjek perbualan. Beberapa soalan saya ajukan:
1 Siapakah yang menghasilkan
‘Positive Mails’ tersebut?
2 Apakah tujuan ‘Positive Mails’
dihasilkan?
3 Apakah yang boleh dimasukkan ke
dalam ‘Positif Mails’ tersebut?
“Positif Mails
dibuat oleh cikgu Bahasa Melayu kami, cikgu.
Ia dihasilkan sebagai salah satu cara untuk menyatakan kata-kata positif
kepada kawan-kawan. Isi-isi surat yang
dimasukkan di dalamnya mestilah yang positif, cikgu. Contohnya, macam ucapan terima kasih sebab
memberikan pertolongan…”
Oh ya, ‘Positif
Mail’, saya tersenyum. Sudah tentulah
perkara-perkara yang positif saja kan? ujar
saya sebelum meninggalkan kelas.
Saya puji guru
yang menghasilkan ‘Positive Mails’.
Walaupun nampak ‘simple’, tetapi idea dan kreativiti beliau secara tidak
langsung mengajar saya bahawa untuk menjadi seorang yang kreatif tidak
semestinya memerlukan idea yang hebat.
Kreativiti boleh saja dimulai dengan idea-idea yang nampak ‘simple’ tetapi
apabila kena dengan caranya, ia boleh menghasilkan sebuah produk yang menarik
dan yang lebih penting dapat membuka fikiran orang lain.
Dihasilkan
sepenuhnya oleh:
Muhammad Husaini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan