Melalui
Segmen ‘Seindah Bahasa’ kali ini, saya ingin mengemukakan mutiara kata yang
berbunyi ‘Bukan Kebahagiaan yang Menjadi Kita Bersyukur tapi Bersyukurlah yang
Membuat Kita Bahagia’. Melalui mutiara
kata yang dikemukakan di atas, terdapat dua perkataan yang menjadi dasar
pemikiran kita, iaitu pertama, ‘bahagia’ dan kedua, ‘bersyukur’.
Pada hakikatnya, bahagia ini
tidak boleh diukur dengan material. Ini
kerana seseorang yang mempunyai harta yang banyak tidak semestinya berasa
bahagia jika dia tidak disayangi atau dicintai, atau tidak dapat berkongsi
kisah suka duka dengan orang yang disayangi atau dicintai. Oleh itu, bahagia itu bermaksud ‘kebebasan’,
‘keringanan’ dan ‘ketenangan’ jiwa seseorang tanpa mempersoalkan apa-apa... Dengan kata lain, ‘bahagia’ itu hanya dapat
dirasai oleh ‘hati’, ‘perasaan’ dan ‘jiwa’ seseorang individu dan jarang dapat
dilihat dengan mata kasar.
Manakala, 'bersyukur' pula bermaksud menerima dan memanfaatkan segala kenikmatan yang diberikan oleh Allah kepada kita sesuai dengan tujuan Allah memberikan kenikmatan itu kepada kita. Sederhananya, bersyukur itu menikmati kenikmatan Allah dengan cara yang redha.
Namun, persoalannya ialah bahagia
dan bersyukurkah kita dengan apa yang kita ada? Bersyukurkah kita dengan nikmat bahagia yang
kita kecapi? Apakah perkara-perkara yang
membuatkan kita bahagia dan bersyukur itu?
Wang? Harta? Pangkat? Kekasih?
Anak? Pasangan? Kasih sayang? Atau
segala-galanya? Persoalan –persoalan ini
akan saya tinggalkan kepada anda untuk menjawabnya kerana sesungguhnya, segala
pilihan adalah terletak di tangan anda...
Sekian.
Disediakan Oleh:
Cikgu Ros Linawati
Rujukan:
1.
Facebook: Dunia Macam-macam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan