Awalan di- ialah awalan yang digabungkan
dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja ayat pasif bagi ayat-ayat yang
subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga.
(a) Bentuk awalan di-
Awalan di- sebagai pembentuk kata kerja pasif mempunyai hanya satu bentuk, iaitu di-, contohnya:
sapu, disapu; tulis, ditulis; pukul, dipukul; ambil, diambil; baca, dibaca
(b) Gabungan kata yang dapat bergabung dengan awalan di-
Awalan di- dapat bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama.
kata kerja: tulis, ditulis; panjat, dipanjat; suruh, disuruh; tarik, ditarik; olah, diolah
Kata nama: gulai, digulai; hukum, dihukum; jerat, dijerat; panah, dipanah; serkap, diserkap
Kebanyakan kata nama yang menerima awalan di-, menerima juga akhiran –kan dan –i untuk menjadikannya kata kerja transitif.
(c) Jenis kata kerja berawalan di-
Seperti yang telah diterangkan, kata kerja yang dibentuk dengan awalan di- ialah kata kerja ayat pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga.
Contohnya: gulai, digulai; hukum, dihukum; jerat, dijerat; panah, dipanah; serkap, diserkap.
Contoh dalam ayat:
· Surat itu ditulis oleh adik saya.
· Pokok-pokok kelapa itu dipanjat oleh pekerja kontrak.
· Tali yang panjang itu ditarik oleh murid-murid itu.
· Ikan merah digulai oleh ibu.
· Penjahat itu dihukum oleh tuan hakim.
Kata kerja pasif yang berawalan di- di atas mempunyai bentuk aktif yang menerima awalan meN-, seperti dalam contoh yang berikut:

Aktif / Pasif:
menulis/ditulis; memanjat/dipanjat; menarik/ditarik; menggulai/digulai; menghukum/Dihukum
(d) Aspek makna awalan di-
Tidak terdapat makna khusus pada awalan di- selain pembentuk kata kerja pasif untuk orang ketiga.

Dipetik dan disesuaikan dari "Tatabahasa Dewan, Edisi Baru" (Nik Safiah Karim, 2004)
Tugasan Untuk Pelajar:
Senaraikan penggunaan awalan "di" dalam petikan di bawah, kemudian, nyatakan sama ada penggunaannya BETUL atau SALAH.
Komunikasi di dalam diri manusia adalah sesuatu yang normal yang boleh menjadikan manusia mencapai kebahagiaan, kedamaian, kegembiraan dan kejayaan di dunia ini. Di dalam Islam sendiri, perkataan terfakur atau berfikir sama ada secara berkelompok atau bersendirian adalah suatu yang menggalakkan. Proses berfikir dalam psikologi di kaitkan dengan proses kognitif iaitu proses mental seperti imaginasi, pemikiran, persepsi, ingatan dan bahasa. Sebahagian ahli psikologi berpendapat, semua tingkah laku dikaitkan dengan berfikir.
Petikan disesuaikan dari: http://www.pelitabrunei.gov.bn/ (Ruangan Cetusan Minda yang bertajuk "Komunikasi, Nostalgia Tentang Temuduga" Bilangan 86).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan