Kesibukan dan kepadatan jadual kerja harian telah mencorakkan gaya hidup
masyarakat moden sekarang. Semua orang
mahu cepat. Masing-masing mengejar
masa. Semua perkara yang dikehendaki
perlu disediakan pantas termasuklah dalam hal makan dan minum.
Minuman 3-in-1 kebelakangan ini semakin popular kerana ia mudah
dibancuh dan permintaannya pula kian meningkat.
Minuman ini tersedia dalam pelbagai rasa dan telah banyak jenama yang
dihasilkan untuk kegunaan orang ramai. Malah
wujud pula pelbagai variasi seperti 5-in-1, 6-in-1 dan
seterusnya. Saya yakin ramai yang tidak
sedar akan bahaya penggunaannya jika tidak dikawal. Prof. Madya Shariza Abd. Razak, salah seorang
pensyarah Program Dietik, Pusat Pengajian Sains Malaysia (USM), telah
menjelaskan kesan dan bahaya pengambilan secara berterusan minuman ini di dalam
sebuah keratan akhbar Kosmo yang saya perolehi daripada laman sesawang www.cari.com.my.
Antara kesan dan bahaya pengambilan minuman 3-in-1 yang perlu anda
diketahui adalah berikut:
- Mengandungi kandungan gula yang tinggi yang membahayakan kesihatan.
- Mengambil tiga paket sehari boleh menyumbang kepada berat badan berlebihan.
- Mengandungi krimer susu yang bukan tenusu, iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit, sejenis lemak tepu yang boleh menyumbat saluran arteri atau pembuluh darah dan menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.
Prof. Madya Shariza Abd. Razak menjelaskan, “walaupun ada minuman itu
dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun
kandungannya amat sedikit (kerana bahan-bahan tersebut mahal dan sukar
diperolehi).”
Oleh itu, saya mengharapkan dengan info ilmu kali ini sedikit sebanyak
akan dapat membuka mata kita perihal pentingnya kita selaku pengguna menyelidik
isi kandungan makanan dan minuman yang kita ambil. Kita perlu menghargai kesihatan kita.
Seperti yang dinyatakan di dalam artikel ini, kita tidak dilarang untuk terus meminum minuman ini, tetapi pengambilannya hendaklah secara berpatutan dan perlulah juga diimbangi dengan makanan-makanan lain yang lebih berkhasiat. Selain itu, kita perlulah juga membanyakkan pengambilan air kosong.
Seperti yang dinyatakan di dalam artikel ini, kita tidak dilarang untuk terus meminum minuman ini, tetapi pengambilannya hendaklah secara berpatutan dan perlulah juga diimbangi dengan makanan-makanan lain yang lebih berkhasiat. Selain itu, kita perlulah juga membanyakkan pengambilan air kosong.
‘Beringatlah sebelum kena.’
Disediakan oleh:
Muhammad Husaini.
Dipetik dan
disesuaikan daripada:
Akhbar Kosmo (tarikh
tidak dinyatakan),
Tiada ulasan:
Catat Ulasan