Isnin, 27 Ogos 2012

Tips dan Panduan: Kongsi Objektif Pengajaran Bersama Pelajar





Objektif pengajaran adalah salah satu komponen yang sangat penting dalam persediaan mengajar.  Tercapai atau tidak objektif pengajaran semangnya bergantung pada kebolehan, kebijaksanaan dan kemahiran guru sebagai pemudah cara dalam bilik darjah.

Dalam ruangan ini, dikongsikan satu tips yang amat berguna buat para guru.  Untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang, ada baiknya sebelum kita memulakan sesi pengajaran, iaitu selepas set induksi, terangkan dahulu objektif pengajaran kita pada hari tersebut.  Jika ada empat objektif pengajaran yang tercatat dalam nota persediaan mengajar, maka keempat-empat objektif tersebut hendaklah dinyatakan kepada pelajar.  Insya-Allah dengan berbuat demikian pelajar akan dapat gambaran asas tentang hala tuju pengajaran guru pada hari tersebut.   Pelajar juga secara tidak langsung akan dapat bersedia dan dapat mengerah maklumat yang berkaitan, yang tersedia ada dalam pengetahuan mereka. 

Sekian dikongsikan,
Cikgu Husaini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan