Selamat tahun baru atau selamat tahun
baharu? Kereta baru atau kereta
baharu? Errr…yang mana satu betul ni? Bunyinya seakan sama saja…
Sebenarnya ‘baru’ dan ‘baharu’ ialah dua
perkataan yang mempunyai maksud yang berlainan.
Mungkin tidak ramai yang peka atau kisah tentang kesalahan makna
ini. Untuk memudahkan pemahaman,
dijelaskan seperti berikut:
‘Baru’ dalam konteks bahasa Inggeris
bermaksud ‘just’, manakala ‘baharu’ pula bermaksud ‘new’. Perhatikan contoh ayat berikut:
I have just bought a new
car.
à Saya baru saja membeli sebuah kereta baru. (SALAH).
à Sebetulnya ditulis ‘Saya baru saja membeli sebuah kereta baharu’ (BETUL)
Maka dapatlah disimpulkan bahawa ‘baru’
bermaksud hal yang berkaitan dengan masa.
Manalaka ‘baharu’ adalah lawan bagi kata sifat ‘lama’, ‘lapuk’ atau
‘usang’. Jadi, dalam konteks ungkapan
‘Selamat tahun baru’ dan ‘kereta baru’, kita sekarang sepatutnya sudah boleh
membetulkannya menjadi ‘Selamat tahun baharu’ (happy new year) dan
‘kereta baharu’ (new car).
Sekian dikongsikan untuk info pembaca
semua.
Cikgu Husaini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan