Selasa, 11 Disember 2012
Isnin, 10 Disember 2012
Aktiviti Bahasa: Majlis Perpisahan antara Ahli-ahli SARPEN BAYU dengan Pensyarah Kursus Pendidikan Bahasa Melayu Sesi 2011/2012
Acara bergambar ramai ahli SARPEN BAYU dengan pensyarah kursus Pendidikan Bahasa Melayu |
Baru-baru ini iaitu pada 6hb. Disember, 2012 (Hari Khamis), ahli-ahli SARPEN BAYU (Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu) bagi sesi 2011/2012 telah berkesempatan mengadakan satu majlis perpisahan bersama pensyarah-pensyarah kursus Pendidikan Bahasa Melayu Universiti Brunei Darussalam, bertempat di Restoran ANEKA RASA Kiulap.
Majlis pada hari itu dimulakan pada jam 11.15 pagi. Antara aturcara majlis yang disusun pada hari itu ialah bacaan doa selamat yang diketuai oleh Mohd. Yusri bin Haji Abdullah, ucapan daripada wakil ahli SARPEN BAYU iaitu Muhd. Husaini bin Haji Mat Yassin dan ucapan pensyarah kursus Dr. Haji Yahya bin Haji Othman dan Dr. Hajah Suraya binti Haji Tarasat, penyampaian cenderahati kepada pensyarah-pensyarah kursus, deklamasi sajak yang bertajuk "Kita, Engkau dan Aku" daripada saya sendiri dan nyanyian "Seribu Impian" daripada Muhd. Husaini bin Haji Mat Yassin.
Ahli-ahli SARPEN BAYU juga mengadakan acara kejutan buat pensyarah kursus Dr. Haji Yahya bin Haji Othman dan Dr. Hajah Suraya binti Haji Tarasat, iaitu acara memotong kek.
Turut diundang ke majlis tersebut ialah Cikgu Noradinah binti Haji Jaidi, Cikgu Sri Kartika binti Abdul Rahman dan isteri Dr. Haji Yahya.
Disediakan Oleh:
Ros Linawati
Sabtu, 24 November 2012
Isnin, 19 November 2012
Aktiviti Bahasa: Upaya Meningkatkan Kemahiran Lisan Pelajar dengan Menggunakan Teknik Perbahasan
Baru-baru ini, ahli-ahli 'Serambi Pelita Ilmu' telah berkesempatan menjalankan kajian tindakan di salah sebuah sekolah menengah di negara ini. Tajuk kajian ialah "Upaya Meningkatkan Kemahiran Lisan Pelajar dengan Menggunakan Teknik Perbahasan". Kajian ini dijalankan sebagai memenuhi salah satu keperluan projek kerja kursus EO-5306: Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Bahasa. Hasil dan dapatan kajian dikongsi bersama ketika sesi pembentangan dijalankan baru-baru ini, iaitu pada 17hb. November, 2012 (Hari Sabtu).
Berikut dikongsikan slaid pembentangan 'power point' pelaksanaan kajian:
Langgan:
Catatan (Atom)