Ahad, 2 September 2012

Berfikir Sejenak: Seperti Kacang Lupakan Kulit?


Orang yang tidak mengenang jasa atau budi dikatakan "Seperti kacang lupakan kulit". 

Berdasarkan Wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kacang), kacang adalah perkataan yang biasa digunakan bagi biji yang besar, kering dan berminyak atau buah bagi sesetengah tumbuhan. Walaupun pelbagai jenis biji-bijian dan buah-buahan dipanggil kacang, cuma sejumlah kecil dikira sebagai kacang sebenar oleh ahli biologi.

Sebiji kacang adalah sejenis biji. Kacang adalah biji dan buah, dan tidak boleh dipisahkan. Biji benih datang daripada buah, dan boleh dikeluarkan daripada buah, contohnya badam, gajus dan walnut yang perlu dikeluarkan daripada buahnya. Kacang pistasio yang dikenali sebagai sejenis kacang untuk masakan, tidak dikira sebagai sejenis kacang dari segi biologi.

Persoalannya sekarang ialah, "Mengapakah kacang perlu lupakan kulit, sedangkan kacang memerlukan kulit untuk melindunginya?".  Jawapannya ada pada diri anda sendiri!  Tepuk dada, tanyalah selera! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan