Sabtu, 20 Oktober 2012

Tunjuk Ajarku Guru: Homofon dan Homograf?


Melalui segmen 'Tunjuk Ajarku Guru' pada kali ini, saya akan mengemukakan dua konsep iaitu homofon dan homograf.  Pelajar perlu mengetahui konsep ini bagi membantu mereka menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai mengikut konteks ayat.

Homofon (bahasa Inggeris: Homophone) merujuk kepada perkataan yang disebut sama dengan perkataan lain tetapi berbeza dari segi maksud. Ia terbahagi kepada 2 iaitu:


  • Homofon yang dieja serupa tetapi mempunyai maksud yang berbeza, atau merujuk kepada perkara yang tidak sama.  Contoh,  "buku" (bahan bacaan) dan "buku" (bahagian di antara dua ruas); 
  • Homofon yang dieja berbeza tetapi mempunyai sebutan yang hampir sama.  Contoh, "massa" (dalam perkataan media massa) dan "masa" (waktu), atau "golongan" (kumpulan) dan "gulungan" (benda yang dilipat hingga berbentuk bulat panjang).


Homograf merujuk pada kata yang sama ejaan tetapi berlainan sebutan.  Contoh: “bela” (menjaga atau memelihara) dan bela (tuntut atau membalas balik).


Latihan: Homofon

Bina sepasang ayat dengan menggunakan setiap patah perkataan di bawah ini, untuk menunjukkan perbezaan maknanya.

(a)       telur - telor
(b)       seluk – selok
(c)        gelang – gelang
(d)       cocok – cucuk
(e)       gulungan - golongan


Latihan: Homograf

Bina sepasang ayat dengan menggunakan setiap patah perkataan di bawah ini untuk menunjukkan perbezaan maknanya.

(a)       Rendang – rendang
(b)       Perang – perang
(c)        bena – bena
(d)       semak – semak
(e)       tepak – tepak

4 ulasan: