Selasa, 14 Ogos 2012

Pengenalan: Pemilihan Nama dan Cogan Kata Blog


Nama blog yang dipilih ialah SERAMBI PELITA ILMU, manakala, cogan kata yang dipilih ialah SANTAI, MESRA DAN BERMAKLUMAT.    




Keterangan Pemilihan Nama Blog

'Serambi' atau nama lainnya 'beranda' merupakan ruang terbuka yang berbumbung dan berlantai di bahagian depan atau tepi rumah.'Pelita' pula ialah sejenis bekas berbagai-bagai bentuk  (berisi minyak dan bersumbu) yang digunakan untuk memberi cahaya.  Manakala, 'ilmu' pula merupakan pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll (Kamus Dewan edisi Keempat, 2005).


Dalam konteks ini, Serambi Pelita Ilmu ialah tempat perkongsian pelbagai info, maklumat, data, panduan dan pengetahuan mengenai elemen-elemen kemahiran berfikir dalam pengajaran Bahasa Melayu.  Semuanya ini disampaikan dalam bentuk bahasa yang santai dan mudah difahami. 


Keterangan Pemilihan Cogan Kata Blog

'Santai, mesra dan bermaklumat'.  Itulah cogan kata yang menjadi pilihan.  Matlamat utamanya ialah supaya Serambi Pelita Ilmu ini menjadi tempat  yang SANTAI , MESRA pembaca dan menyampaikan pelbagai MAKLUMAT  yang berguna kepada para pembaca.  Dalam konteks ini, pembaca yang menjadi sasaran ialah kaum guru, pelajar dan juga ibu bapa.