Jumaat, 4 Julai 2014

Contoh Karangan: Karangan Laporan - Laporan Sambutan Hari Kesihatan

Baru-baru ini, saya telah mengajar karangan jenis laporan kepada pelajar-pelajar Tahun 11D (2014) di sekolah saya (iaitu SM Sufri Bolkiah, Tutong).  Salah satu tajuk yang dibincangkan oleh pelajar-pelajar saya ialah tentang Laporan Sambutan Hari Kesihatan.  Berikut merupakan contoh karangan laporan secara berkumpulan (yang sudah diedit) yang dihasilkan oleh mereka:



 


Disediakan Oleh:
RBT
SMSB

Khamis, 19 Jun 2014

Seni Kreatif: Puisi - Detik Itu Karya Esra Adee

Detik bermula
Salam perkenalan
Brunei...
Malaysia...
Pembengkel
Para Peserta

Setapak demi setapak
tanpa jemu menimba ilmu
demi nusa bangsa

Saat gembira bertemu duka
tika ilmu dan masa berlaga
mencemburui waktu

Antara mahu atau tidak
Antara suka dan duka
Melepaskanmu tanpa rela
Dalam sendu tangisku

Harapanku...
akan ada pertemuan...
Namun...
Setiap pertemuan ada perpisahan
Setiap perpisahan
Mungkinkah.... ada pertemuan?

12hb. Jun, 2014
Hotel Rizqun, Gadong

* Sajak ini ditujukan khusus untuk pembengkel jemputan iaitu Dr. Ghazali Lateh dan para peserta Bengkel Teknik Pengajaran Penulisan Karangan dan Teknik Pengajaran Penulisan Puisi anjuran Brunei Darussalam Teachers Academy (BDTA) yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu sekolah-sekolah menengah dan rendah seluruh negara yang terpilih.